SOAL JAWAB PUSAKA


SOALAN:
Bukankah harta pusaka orang Islam akan dibahagikan terus ikut hukum faraid selepas kematian?


JAWAPAN:
Faraid adalah tatacara pengagihan berdasarkan hukum syarak yang telah menetapkan bahagian tertentu kepada waris tertentu berdasarkan surah An-Nisa ayat 11, 12 dan 176, tetapi ianya tidak berjalan secara terus selepas kematian. 

Sebaliknya harta pusaka akan terbeku dan tidak boleh dibahagikan. Untuk membolehkan harta pusaka diagihkan kepada waris-waris, perlu melalui proses pentadbiran iaitu mendapatkan surat kuasa mentadbir atau probet.

SOALAN:
Apakah yang dimaksudkan dengan Faraid tidak berjalan terus dan harta terbeku?


JAWAPAN:
Selepas kematian, harta pusaka akan terbeku yang bermaksud sebarangtransaksi tidak dapat dijalankan termasuklah mengeluarkan wang dari dalam bank, menutup akaun, menukar nama di dalam geran dan memperbaharui cukai jalan kenderaan.

Terdapat 2 peringkat yang perlu dilalui oleh harta pusaka bagi membolehkannya dipindah miik kepada waris iaitu:
1. Pentadbiran bagi mendapatkan surat kuasa mentadbir untuk memindahmilik harta kepada waris yang masih hidup; dan

2. Pengagihan berdasarkan kepada kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syarak. Oleh itu, jika peringkat pertama tidak selesai, pengagihan tidak dapat dijalankan. “


SOALAN:
Saya dan suami ada membeli rumah dan meletakkan dua nama - nama suami dan nama saya. Pinjaman rumah atas nama saya. Bagaimana jika suami saya meninggal dunia dahulu?

JAWAPAN:
Bagi rumah yang atas dua nama, setiap pemilik secara langsung mempunyai hak milik sebanyak 50% seorang. oleh itu apabila berlaku kematian pada salah seorang, maka bahagian pimilik yang telah meninggal dunia itu akan menjadi pusaka dan difaraidkan.

Jika hutang atas nama pemilik yang masih hidup, hutang tersebut akan terus dibayar oleh pemilik (penghutang) yang masih hidup walaupun 50% bahagian rumah tersebut telah ditukar kepada nama waris faraid pemilik yang telah meninggal dunia.

SOALAN:
Saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan dan saya berhasrat mewasiatkan harta saya kepada suami dan anak saya.

Adakah seorang wanita juga perlu mengikut sistem faraid untuk memberi harta kepada keluarganya?


Adakah saya perlu mengikut sistem faraid atau saya boleh terus mewasiatkan harta kepada mereka?


JAWAPAN:
Ya, harta pusaka orang Islam, tidak kira lelaki atau perempuan adalah tertakluk kepada faraid.

Di dalam wasiat boleh dinyatakan hasrat pewasiat tanpa mengikut had faraid. Selepas kematian, wasiat yang mana pengagihan hartanya tidak mengikut had faraid memerlukan persetujuan semua waris faraid. jika waris faraid setuju dengan hasrat pemberian pewasiat, maka hasratnya dilaksanakan.

SOALAN:
Adakah caruman KWSP boleh wasiatkan?

JAWAPAN:
Ya. Boleh.

SOALAN:
Saya meletakkan isteri sebagai penama di dalam KWSP. Adakah isteri aya akan mendapat keseluruhan wang KWSP saya?

JAWAPAN:
Ya, isteri akan mendapat keseluruhan wang KWSP tersebut tetapi bertanggungjawab sebagai wasi yang mana wajib membahagikan wang tersebut kepada waris faraid mengikut hukum faraid.

SOALAN:
Saya meletakkan anak saya yang berumur 10 tahun sebagai penama dalam KWSP. Bagaimana jika saya meninggal dunia ketika anak saya masih di bawah umur?

JAWAPAN:
Wang KWSP tersebut tidak dapat dikeluarkan kepada anak sehingga cukup umur 18 tahun. Biasanya wang tersebut akan dipindahkan ke Amanah Raya untuk dipegang sehingga anak anda dewasa.

Anda boleh melantik wasi di dalam wasiat dan wasi tersebut boleh mengeluarkan wang KWSP tersebut untuk dibahagikan kepada waris anda atau untuk digunakan bagi kebajikan anak anda sementara menunggu anak anda dewasa.

SOALAN:
Saya telah menganut agama Islam dan ibubapa masih beragama Buddha. Adakah ibu bapa saya akan mewarisi harta pusaka saya selepas saya meninggal dunia nanti?

JAWAPAN:
Hanya orang Islam boleh mewarisi daripada orang Islam. Oleh kerana ibubapa anda bukan Islam mereka tidak boleh mewarisi daripada anda.

SOALAN:
Saya telah bercerai dengan isteri saya. Bolehkah bekas isteri saya menuntut hak terhadap harta pusaka saya apabila saya mati nanti?

JAWAPAN:
Tidak. Bekas isteri tidak berhak mewarisi dari bekas suaminya.

SOALAN:
Saya anak angkat. Ibubapa angkat saya masih lagi hidup. jika mereka meninggal dunia nanti, bolehkan saya mewarisi harta pusakanya memandangkan ibubapa angkat saya tiada anak kandung?

JAWAPAN:
Tidak. Anak angkat tidak mewarisi harta pusaka ibubapa angkatnya melainkan ibubapa angkat tersebut menulis wasiat dan memberi sebahagian hartanya kepada anak angkat di dalam wasiat.

SOALAN:
Saya adalah anak luar nikah. Bolehkah saya mewarisi daripada ibubapa sebenar saya?

JAWAPAN:
Hanya boleh mewarisi dari ibu sahaja.

SOALAN:
Bolehkah saya menulis wasiat dan memberikan kesemua harta saya kepada isteri saya? Adakah waris saya yang lain boleh menuntut?

JAWAPAN:
Boleh menulis wasiat dengan memberikan kesemua harta kepada isteri. Wasiat tertakluk kepada faraid, oleh itu waris faraid yang lain boleh menuntut hak faraid mereka.

SOALAN:
Bagaimana saya hendak memberikan harta kepada isteri tanpa boleh dituntut oleh waris faraid saya yang lain?

JAWAPAN:
Anda boleh membuat Deklarasi Hibah atau Deklarasi Harta Sepencarian untuk memberikan aset tertentu kepada isteri. Waris faraid yang lain tidak boleh menuntut harta yang diberikan kepada isteri melalui deklarasi tersebut.

SOALAN:
Bagaimana saya hendak menulis wasiat?

JAWAPAN:
Anda boleh menghubungi perunding-perunding wasiat dalam senarai Perunding Pakar Pusaka Islam.

SOALAN:
Saya ada sebidang tanah yang tidak bergeran. Bolehkah diwasiatkan?

JAWAPAN:
Boleh. Selepas kematian nanti dan harta tersebut boleh ditentukan (sudah ada geran) maka akan dibahagikan sebagai harta pusaka.

SOALAN:
Adakah tanah FELDA boleh diwasiatkan?

JAWAPAN:
Tanah FELDA tertakluk kepada undang-undang FELDA iaitu hanya boleh diletakkan satu nama sahaja di dalam geran yang dipanggil sebagai pentadbir. Peneroka FELDA boleh mimilih dan melantik pentadbir yang adil dan amanah di dalam wasiat dan mewasiat pengagihan hasil FELDA kepada warisnya.

SOALAN:
Apakah harta yang boleh diwasiatkan?

JAWAPAN:
Semua harta alih dan tidak alih yang dimiliki.

Harta alih apa sahaja selain tanah dan rumah seperti wang simpanan, saham, kenderaan, syarikat, barang kemas dan takaful.

Harta tak alih adalah tanah dan rumah.



Sekiranya anda mempunyai soalan untuk diajukan kepada PAKAR PUSAKA ISLAM, anda boleh bertanya di ruangan ULASAN di bawah ini atau email ke norhanisah.assoc@gmail.com. Anda juga boleh terus bertanya kepada perunding-perunding Pakar Pusaka Islam.

Ulasan

  1. saya ada lapan beradik empat leleki dan empat perempuan bapa saya sudah meninggal pada 2012 dan ada sebidang tanah.selepas kematian bapa nama telah ditukarkan kepada kami lapan beradik.Salah seorang abang saya telah cagarkan tanah itu pada bank untuk pinjaman perniagaan beliau semasa ayah saya masih hidup hingga sekarang .setelah tukar nama adakah kami berhak mendapat hasil keuntungan drp permiagaan beliau

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. sewaktu proses tukar nama, hartanah semestinya sudah bebas hutang. Oleh itu, sewaktu pertukaran nama dibuat dari nama arwah bapa kepada nama anak-anak, tanah tersebut sudah tiada cagaran. (Sila pihak tuan pastikan akan status tersebut)

      2. Oleh kerana, penerimaan waris pusaka tersebut adalah bebas hutang dan tidak tercagar, maka tiada perkongsian keuntungan perniagaan.

      Padam
    2. assalamualakum puan,
      Ayah telah membuat surat wasiat tentang pembahagian tanah ke atas saya 1/2 dan kakak 1/2 bahagian. Dalam surat wasiat tersebut menyatakan bahawa saya dan kakak shaja yang berhak ke atas tanah tersebut dan di dalam geran, ayah saya adalah sebagai pemegang amanah 1/1. nama saya dan kakak ade juga dlm geran tersebut masing2 1/2 bahagian.

      saya juga mempunyai seorang abang..ayah saya juga telah bagi tanah beliau yang lain dan telahpun menukar nama keatas abang saya.
      Persoalan saya skrang..adakah abang saye berhak ke atas tanah yg telah diwasiatkan ke atas nama saya dan kakak saya setelah ketiadaan ayah?

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Dalam prinsip Faraid terdapat satu Doktrin Al-Takharuj iaitu mana-mana waris menarik diri daripada mengambil harta pusaka samada sebahagiannya ataupun keseluruhannya dengan menyerahkannya kepada salah seorang waris atau beberapa orang waris yang lain samada dengan menerima bayaran tertentu ataupun tidak. Doktrin ini boleh dibahagikan kepada tiga keadaan iaitu:
    1. Seorang waris menarik diri dengan memberi keseluruhan bahagiannya kepada seorang waris;
    2. Seorang waris menarik diri dengan memberi keseluruhan bahagiannya kepada semua waris
    3. Seorang waris menarik diri dari menerima sebahagian harta tetapi masih menerima sebahagian harta pusaka

    Oleh itu, tindakannya menyerahkan bahagiannya kepada seorang waris yang lain adalah berdasarkan hukum syarak

    BalasPadam
  4. Saya berkahwin dengan duda anak 3. Setelah berkahwin, kami dikurniakan 2 org anak perempuan bersama. Saya membeli tanah menggunakan wang sendiri. Sekiranya suami saya meninggal dunia, adakah anak tiri saya ada hak ke atas tanah yang dibeli oleh saya? Jika saya menulis wasiat yg tanah 2 ekar itu akan diwariskan kepada 2 org anak perempuan saya berdu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika geran tanah tersebut atas nama puan 1/1 bahagian, tanah tersebut hanya akan diwarisi oleh waris faraid puan sahaja.

      Waris faraid puan adalah:

      1. suami (1/4 bahagian)
      2. anak perempuan (2/3 bahagian)
      3. ayah / saudara lelaki dan perempuan puan (baki harta)

      sekiranya puan meninggal dahulu dari suami dan tanah tersebut dimasukkan nama suami puan sebagai waris faraid dalam pentadbiran pusaka puan, setelah suami meninggal dunia pula nanti barulah anak-anak tiri puan mewarisi tanah tersebut dari bahagian suami.

      Cadangan penyelesaian:

      1. Menulis wasiat dengan menyatakan hasrat pemberian kepada anak-anak perempuan puan. Wasiat tertakluk kepada hukum faraid. Sekiranya nila tanah tersebut tidak melebihi 2/3 dari keseluruhan harta pusaka puan, maka terjamin tanah tersebut untuk anak perempuan sahaja.

      2. Menbuat Deklarasi hibah (sekiranya tanah tersebut bebas dari tuntutan pihak ketiga - gadaian, kaveat) kepada anak-anak perempuan. Dengan menghibahkan tanah tersebut, tanah tersebut tidak menjadi pusaka dan tidak boleh dituntut oleh ahli waris yang lain.

      Padam
  5. ASSALAMUALAIKUM PUAN.

    Saya ingin bertanya,kami ada 8 beradik. 3 orang daripada kami berpakat untuk membahagikan harta sepeninggalan arwah ayah berdasarkan tuntutan Islam iaitu Faraid selain kerana perselisihan faham yang berpanjangan. Namun 5 orang adik beradik saya tidak bersetuju untuk dibincangkan perkara ini dgn alasan mahu rumah pusaka tersebut menjadi tempat berkumpul saudara mara.

    Apakah yang patut saya lakukan?
    Mohon pencerahan. Terima kasih puan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam, untuk mencapai matlamat menjadikan rumah pusaka menjadi tempat berkumpul, seeloknya diteruskan hasrat pembahagian pusaka mengikut faraid. oleh itu, tuan dan/atau bersama adik-beradik yang lain perlu memohon kepada Unit Pembahagian Pusaka untuk mentadbir harta pusaka dan memasukkan nama semua adik-beradik dengan pembahagian faraid

      Padam
  6. Salam Puan,
    Maaf jika soalan ini sedikit panjang. Harap puan dpt membantu.

    Jika Pasangan (SUAMI & ISTERI) hanya ada 1 Anak Perempuan sahaja, dan SUAMI hanya ada Adik Beradik Perempuan (sudah berkahwin punyai 1 Anak Lelaki) dan begitu juga ISTERI hanya ada Adik Beradik Perempuan (sudah berkahwin punyai 1 Anak Perempuan shj) Kedua2 Ibu Bapa SUAMI ISTERI telah pun meninggal.

    Maka JIKA SUAMI ATAU ISTERI Meninggal, bagaimanakah pecahan Faraid utk :-
    1) ANAK Perempuan Tunggal Pasangan Suami Isteri tersebut

    2) Bahagian SUAMI (Jika Isteri Meninggal) & Bahagian ISTERI (Jika Suami Meninggal)

    3) Bahagian Adik Beradik Perempuan simati

    4) Bahagian Bapa Saudara Simati & Baitulmal ?

    Harap Puan dapat memberi sedikit penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Anak perempuan mendapat 1/2 bahagian

      2. Suami mendapat 1/4 dari pusaka isterinya jika isteri meninggal dahulu dari suami manakala Isteri pula mendapat 1/8 dari pusaka suaminya jika suami meninggal dahulu dari isteri

      3. Baki harta (Asabah Maal Ghair) setelah ditolak bahagian suami/isteri si mati dan anak perempuan.

      4. Tiada

      Padam
  7. Salam Puan,
    Maaf jika soalan ini sedikit panjang. Harap puan dpt membantu.

    Jika Pasangan (SUAMI & ISTERI) hanya ada 1 Anak Perempuan sahaja, dan SUAMI hanya ada Adik Beradik Perempuan (sudah berkahwin punyai 1 Anak Lelaki) dan begitu juga ISTERI hanya ada Adik Beradik Perempuan (sudah berkahwin punyai 1 Anak Perempuan shj) Kedua2 Ibu Bapa SUAMI ISTERI telah pun meninggal.

    Maka JIKA SUAMI ATAU ISTERI Meninggal, bagaimanakah pecahan Faraid utk :-
    1) ANAK Perempuan Tunggal Pasangan Suami Isteri tersebut

    2) Bahagian SUAMI (Jika Isteri Meninggal) & Bahagian ISTERI (Jika Suami Meninggal)

    3) Bahagian Adik Beradik Perempuan simati ?

    4) Bahagian Bapa Saudara Simati & Baitulmal ?

    Harap Puan dapat memberi sedikit penjelasan.


    Haris

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Anak perempuan 1/2 bahagian

      2. Suami 1/4 bahagian / Isteri 1/8 bahagian

      3. Adik-beradik perempuan seibu sebapa keseluruhan baki pusaka

      4. Bapa saudara dan baitulmal bukan waris yang menerima pusaka kerana adik-beradik perempuan sudah mengambil bahagian Asabah (baki harta)

      Padam
  8. saya dan suami ada membeli sebuah rumah dan kami ada seorang anak lelaki sahaja,jika suami sy meninggal adakah 50% dr harga nilai rumah itu akan difaraidkn jugak kepada ibu dan ayah serta adik beradik suami saya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya 50% bahagian suami akan difaraidkan seperti berikut:

      1. Isteri 1/8
      2. Ibu 1/6
      3. Ayah 1/6
      4. anak lelaki Asabah (keseluruhan baki harta)

      Padam
  9. Assalammualaikum,

    Ibu saya telah meninggal dunia 2 tahun lepas, sebelum meninggal ibu telah meninggalkan pesanan kepada abang2 dan kakak saya sekiranya kami ingin menjual rumah2 tinggalan beliau, hendaklah dibagi sama rata. Baru2 ini abang saya menghadapai masalah dan kami terpaksa menjual salah satu rumah tinggalan arwah ibu. Dua daripada abang saya ingin pembahagian mengikut faraid, kami anak2 perempuan menyatakan bahawa kami mengikut amanah ibu. Jadi macamana situasi kami sebagai anak perempuan. Mohon pencerahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Puan boleh mendapatkan pengesahan wasiat lisan ibu atas pembahagian samarata di Mahkamah tingi syariah

      Padam
  10. Assalamualaikum puan,

    Rumah yg didiami arwah ayah bersama isterinya (ibu tiri saya) mempunyai 2 nama iaitu nama ayah dan ibu saya. Ayah dan ibu saya telah bercerai namun penamaan rumah tersebut tidak pernah berubah.

    Apa yg perlu ibu saya lakukan utk bhgn rumah tersebut? Adakah perlu menunggu ARB memanggil semua waris terlebih dahulu? Rumah tersebut kini didiami ibu tiri dan anaknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 50% daripada bahagian rumah tersebut adalah hak mutlak ibu tuan.

      sekiranya difaraidkan, ibu tiri tuan akan menerima 1/8 dari 50% bahagian rumah tersebut (dari bahagian pusaka ayah)

      tuan dan ibu tuan boleh berunding dengan ibu tiri dan anak-anaknya untuk menukarganti bahagian yang akan diterima ibu tiri dan anak-anaknya dengan wang atau mereka membeli bahagian ibu tuan dan bahagian tuan dan adik-beradik yang lain untuk membolehkannya tinggal terus dirumah tersebut.

      cara lain adalah menjual rumah tersebut keseluruhannya dan hasil jualan 50% keseluruhan kepada ibu tuan manakala 50% lagi dibahagi mengikut bahagian yang sepatutnya di dalam hukum faraid.

      Urusan pentadbiran pusaka ini adalah dibawah bidangkuasa Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG atau Mahkamah tinggi, bukan Amanah Raya Berhad.

      Oleh itu dinasihatkan, tuan terus berurusan dengan Unit Pembahagian Pusaka Kecil, JKPTG atau Mahkamah tinggi.

      Padam
  11. Askum adakah istri kedua berhak dal harta pusaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, semua isteri si mati berhak dalam harta pusaka si mati.

      Pembahagian faraid isteri adalah seperti berikut:

      1. seorang isteri 1/8
      2. 2 orang isteri 1/16 setiap seorang
      3. 3 orang isteri 1/24 setiap seorang
      4. 4 orang isteri 1/32 setiap seorang

      Padam
  12. Assaalaamualikum,
    Saya sebagai anak angkat si mati yang tidak berkhawin, si mati ada 3 adik beradik yang masih hidup (1) perempuan (2)perempuan (3)lelaki (4)sudah meninggal (5)si mati (ayah angkat)

    Sebelum si mati hidup, si mati telah amanahkan saya beberapa amanah adakah (si anak angkat perlu menunaikan amanah si mati?)
    Ini amanah yang telah disampaikan sebelum arwah meninggal.
    1. Arwah amanah kan harta arwah semua untuk jaga keluarga mek jarah dan seni. Iaitu kak2 no.2 dan anak buah.
    2. Arwah amanah kan syah teruskan jaga 2 rumah arwah. 1 suruh saya duduk dan 1 lagi bagi anak buah duduk.
    3. Arwah kata kalau ada lebih bukak pusat tahfiz jika mampu, jika tidak sekurang2nya sedekah atas nama arwah.
    4. Arwah amanahkan perniagaan dia diteruskan, kalau tidak pun buat yang baru atas namanya.
    5. Arwah amanahkan saya uruskan kematian arwah semua dan ada hak (kuasa) untuk menyelesaikan segala harta dan hutangnya.
    6. Arwah amanahkan bila dia tiada nanti biar di tanam di sebelah kubur ibunya.

    Perlukah saya menunaikan atau lepaskan kepada waris iaitu waris adik beradik no.3 (lelaki)?
    Kerana si waris tidak ambil tahu tentang hutang si mati.

    Kerana anak angkat telah hidup 8 tahun sehingga meninggal, dan tidak ada hitam putih dari si mati kerana si mati sangat sensetive bab wasiat atau harta (cuma hanya ada beberapa bukti dari SMS / Secara lisan iaitu saksi dan bukti dari penama KWSP).

    Maksud saya disini si mati semasa hidup telah menghibah dan amanah kepada anak angkat secara lisan kepada saksi dan bukti.

    Adik beradik tidak rapat bersama si mati hanya kakak no.2 si mati rapat. Sekarang si adik beradik no1 dan no3 hanya mahu harta si mati.

    Apakah tindakan saya perlu lakukan? Saya amat buntu (sekarang saya hanya mampu menunaikan beberapa amanah saja kepada si mati).

    BalasPadam
  13. Assaalaamualikum,
    Saya sebagai anak angkat si mati yang tidak berkhawin, si mati ada 3 adik beradik yang masih hidup (1) perempuan (2)perempuan (3)lelaki (4)sudah meninggal (5)si mati (ayah angkat)

    Sebelum si mati hidup, si mati telah amanahkan saya beberapa amanah adakah (si anak angkat perlu menunaikan amanah si mati?)
    Ini amanah yang telah disampaikan sebelum arwah meninggal.
    1. Arwah amanah kan harta arwah semua untuk jaga keluarga mek jarah dan seni. Iaitu kak2 no.2 dan anak buah.
    2. Arwah amanah kan syah teruskan jaga 2 rumah arwah. 1 suruh saya duduk dan 1 lagi bagi anak buah duduk.
    3. Arwah kata kalau ada lebih bukak pusat tahfiz jika mampu, jika tidak sekurang2nya sedekah atas nama arwah.
    4. Arwah amanahkan perniagaan dia diteruskan, kalau tidak pun buat yang baru atas namanya.
    5. Arwah amanahkan saya uruskan kematian arwah semua dan ada hak (kuasa) untuk menyelesaikan segala harta dan hutangnya.
    6. Arwah amanahkan bila dia tiada nanti biar di tanam di sebelah kubur ibunya.

    Perlukah saya menunaikan atau lepaskan kepada waris iaitu waris adik beradik no.3 (lelaki)?
    Kerana si waris tidak ambil tahu tentang hutang si mati.

    Kerana anak angkat telah hidup 8 tahun sehingga meninggal, dan tidak ada hitam putih dari si mati kerana si mati sangat sensetive bab wasiat atau harta (cuma hanya ada beberapa bukti dari SMS / Secara lisan iaitu saksi dan bukti dari penama KWSP).

    Maksud saya disini si mati semasa hidup telah menghibah dan amanah kepada anak angkat secara lisan kepada saksi dan bukti.

    Adik beradik tidak rapat bersama si mati hanya kakak no.2 si mati rapat. Sekarang si adik beradik no1 dan no3 hanya mahu harta si mati.

    Apakah tindakan saya perlu lakukan? Saya amat buntu (sekarang saya hanya mampu menunaikan beberapa amanah saja kepada si mati).

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam

      Faraid bagi ayah angkat adalah:

      1. kakak 1 = 1/4
      2. Kakak 2 = 1/4
      3. Abang = 2/4

      Anak anagkat, anak saudara dan pusat tahfiz merupakan bukan ahli waris. Islam membenarkan 1/3 dari keseluruhan harta di berikan kepada bukan waris melalui wasiat.

      Oleh itu, dicadangkan tuan membuat pengesahan wasiat di mahkamah tinggi syariah berkaitan wasiat-wasiat lisan ayah angkat tuan.

      Setelah itu, barulah urusan memfaraidkan harta pusaka dibuat kepada ahli waris berdasarkan faraid.

      Padam
    2. terima kasih hans nisa sudi memberi penjelasan
      sebelum itu macam mana pula HIBAH yang diberi oleh arwah?

      saya sudah usahakan untuk uruskan urusan arwah dengan step by step tetapi dengan duka cita saya tiada hak (kuasa) untuk menyelesaikan masalah tersebut.

      kerana adik beradik arwah no1 dan no.3 tidak memberi kerjasama untuk menyelesaikan masalah hutang piutang arwah dan masalah yang lain juga.

      katanya dia tidak ingin ambil tahu tentang masalah hutang arwah dan katanya harta arwah semua itu hanya milik dia seorang. saya amat bingung kerana semua segala urusan arwah perlu dokumen sijil kematian original dan waris adik beradik perlu ada.

      kerana kak no.2 tidak larat untuk membantu untuk uruskan urusan arwah kerana factor umur.
      adakah boleh jika kak no.2 dan anaknya membuat surat aggreement untuk serahkan urusannya kepada anaknya?

      yang dicadangkan oleh cik nisa itu pun tidak dapat dibuat kerana masalah yang sama dokument dan darah daging saja.

      Padam
    3. Berkaitan dengan Hibah, boleh memohon pengesahan hibah di Mahkamah Tinggi Syariah.

      Dinasihatkan tuan tuan melantik peguam bagi memudahkan tuan mendapat dokumen-dokumen berkaitan

      Padam
  14. Asslamualaikum Tuan/Puan
    Situasi :-
    Si Bapa (sudah meninggal) mempunyai 2 isteri. Sudah bersara.
    - isteri pertama - 4 anak (3perempuan 1 lelaki)
    - Bercerai & si isteri sudah neninggal.

    - Isteri kedua (berkahwin setelah bercerai dgn isteri pertama) - 4 anak (2 lelaki & 2 perempuan)
    - Bersama hingga sibapa/suami meninggal.

    Tiada harta lain selain rumah. Rumah kos rendah dibeli menggunakan nama isteri kedua (nama dalam geran nama isteri kedua dan tidak pernah ditukar) dan dibayar menggunakan duit pencen si suami kerana isteri tidak bekerja.

    Adakah rumah itu dikategorikan harta faraid? Bolehkah anak2 & anak2 tiri menuntut bahagian mereka mengikut nilai rumah tersebut?

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rumah atas nama isteri adalah bukan harta pusaka suami dan tidak perlu difaraidkan kepada anak-anak suami

      Padam
  15. assalamualaikum..
    saya mempunyai 5 beradik..baru lepas kematian ayah.Ibu dah 6tahun meninggal. ayah saye meninggalkan 7 biji rumah sewa dan sebuah rumah pusaka.rumah pusaka tersebut didiami oleh saya (anak Bongsu) sebab memang dari dulu smpai berkahwin saye tinggal bersama ayah. masalahnya sekarang adik beradik nk bahagikan pembahagian rumah sewa sama rata..menjadi isu apabila mereka pertikaikan bahawa saye dh diami rumah pusaka dan tidak layak dapat pembahagian rumah sewa ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam

      Nilaikan keseluruhn aset arwah ayah dan dibahagikan mengikut bahagian faraid setiap waris-warisnya seramai 5 orang anak tersebut

      Padam
  16. Assalamualaikum....
    Saya mempunyai 5 orang adik beradik. Ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2015 dan ibu saya masih ada. Setelah ayah saya meninggal saya telah diamanahkan untuk mentadbir harta pusaka ayah saya iaitu sebuah rumah pangsa kos rendah. Memandangkan rumah tersebut telah disewa semasa arwah masih hidup lagi maka setelah beliau meninggal semua waris bersetuju supaya harta tersebut tidak dijual dan terus disewa. Bayaran sewa pada awalnya diuruskan oleh adik saya tetapi beliau telah tidak menguruskannya dengan baik sehingga waris2 lain tidak berpuashati. Setelah saya secara rasmi dilantik sebagai pentadbir harta tersebut saya telah mengambil alih urusan sewaan tersebut untuk dibahagikan secara sama rata seperti dipersetujui pada awalnya iaitu di antara kami 5 adik beradik dan ibu saya. Namun demikian, 2 dari adik beradik saya menegaskan bahawa harta tersebut adalah harta sepencarian dan ibu saya berhak mendapat separuh dari bayaran sewaan. Bayaran yang separuh lagi baru boleh diberikan kepada waris2 termasuk ibu saya mengikut faraid. Memandangkan saya telah diberi tanggungjawab untuk mentadbir maka saya ingin pastikan bahawa tindakan yang saya buat adalah adil dan selaras dengan tuntutan agama. Harap puan dapat beri nasihat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Semua hasil Hendaklah mendapat persetujuan bersama semua ahli waris yang berhak berkaitan pembahagian faraid termasuk sepencarian ibu.

      Padam
  17. Assalammualaikum tuan/puan,

    Situasi:

    Kakak baru meninggal dunia semasa menunaikan umrah.

    Mempunyai 5 lagi adik beradik (4 Lelaki & 1 perempuan)

    Baru 2 tahun berkahwin sebelum meninggal dan memiliki harta sebelum berkahwin dengan suami.

    Kakak juga mempunyai seorang anak angkat yang dibela selama 15 tahun.

    Harta yg ditinggalkan adalah seperti berikut.


    - Rumah 1 : Milik si mati sepenuhnya. Telah habis loan.

    - Rumah 2 : Pemilikan bersama adik lelaki ke6. Adik lelaki ialah penama pertama.

    Duit KWSP (Penama 94% adik lelaki ke5, 3% suami, 3% anak angkat)

    Duit simpanan dari beberapa bank.

    Kereta (semasa hayatnya simati pernah berkata secara lisan bahawa kereta tersebut ingin diberi kepada anak angkat beliau)

    Tanah pusaka dari peninggalan dari arwah ayah (milikan bersama adik beradik).

    Soalan berapakah bahagian yg layak dituntut oleh pihak suami memandangkan harta yg ditinggalkan isteri bukanlah harta sepencarian.

    Berapakah bahagian yg layak diterima oleh adik beradik dan anak angkat?

    Adakah pihak suami boleh menuntut hak tanah pusaka simati?

    BalasPadam
  18. Assalammualaikum Puan,

    Situasi :

    Kakak telah meninggal dunia semasa menunaikan umrah.

    Memiliki 5 lagi adik beradik yang masih hidup (4 lelaki & 1 Perempuan)

    Baru berkahwin selama 2 tahun lebih (isteri kedua) dan memiliki harta sendiri sebelum berkahwin dengan suami

    Mempunyai seorang anak angkat yg telah dijaga selama 5 tahun

    Senarai harta yang dimiliki sebelum berkahwin dengan suami :

    Rumah 1 (telah habis hutang pinjaman)

    Rumah 2 (Pemilikan bersama adik lelaki ke6 yg merupakan penama pertama)

    Duit KWSP (Penama 94% Adik lelaki ke5, 3% suami & 3% anak angkat)

    Duit simpanan di beberapa buah bank

    Kereta (semasa hayatnya simati pernah berkata secara lisan bahawa beliau ingin memberi kereta tersebut kepada anak angkat)

    Tanah pusaka (pemilikan bersama adik beradik hasil peninggalan ibubapa)

    Soalan:

    1. Mengikut hukum faraid, berapakah bahagian yg boleh dituntut oleh pihak suami memandangkan harta tersebut bukanlah harta sepencarian.

    2. Adakah pihak suami boleh menuntut hak tanah pusaka si mati?

    3. Berapakah bahagian yg boleh dituntut oleh adik beradik si mati.

    4. Sekiranya sepanjang hayat simati, suami tidak memberikan nafkah secukupnya seperti yg dijanjikan dimahkamah(nafkah rm1000 utk isteri kedua), adakah adik beradik boleh menuntut ganti rugi?

    Harap puan dapat beri nasihat. Terima kasih!


    BalasPadam
    Balasan
    1. Jawapan:
      1. 1/2 bahagian faraid suami kerana si mati tiada anak kandung
      2. Boleh
      3. 1/2 bahagian dengan kadar 2 bahagian lelaki dan 1 bahagian perempuan
      4. tuntutan tunggakan nafkah boleh dibuat di mahkamah tinggi syariah

      Padam
  19. Assalamulaikum puan,

    Ayah seorang duda anak 4, manakala ibu janda anak 1..
    mereka berkahwin dan mendapat 3 org anak...
    bila kedua2 nya meninggal dunia...harta sepencarian ibu dan ayah, perlu di faraidkan kepada semua anak2 atau hanya anak kandung?

    BalasPadam
  20. Assalamualaikum Puan,

    Bapa mertua baru meninggal, anak2 5 orang semua perempuan dewasa. Bapak mertua ada adik beradik lelaki & perempuan. Bagaimana cara pembahagian harta peninggalan arwah?

    BalasPadam
  21. salam, jika dalam adik beradik, ( si mati ada lah adik lelaki tidak berkahwin) si mati ada 2 orang abg , dan seorang kakak , ada kah anak buah dapat juga dan anak buah perempuan dapat juga?

    BalasPadam
  22. salam, jika dalam adik beradik, ( si mati ada lah adik lelaki tidak berkahwin) si mati ada 2 orang abg , dan seorang kakak , ada kah anak buah dapat juga dan anak buah perempuan dapat juga?

    BalasPadam
  23. assalamualaikum puan,

    arwah atok saya ada sebidang tanah bergeran yg dihibahkan kepada ayah dan adik bongsu ayah saya(makcik). ayah saya sudah meninggal, saya mempunyai 4 orang adik beradik yg kesemuanya perempuan.

    ayah mempunyai:

    1) seorang abang sebapa seibu (telah meninggal dahulu sebelom ayah saya). mempunyai 4 orang anak lelaki.

    2) 3 orang kakak dan adik perempuan yang masih hidup.

    persoalan saya

    1: macamana pembahagian faraid tanah yg telah dihibahkan tu? untuk pengetahuan pihak puan tanah itu masih diatas nama arwah atok saya.

    2: adakah faraid terlaksana pada bahagian tanah hibah ayah saya atau keseluruhan tanah itu?

    3: jika tanah itu difaraidkan keseluruhan tanah berapa pembahagian yg kami adik beradik akan dapat.

    4: sekiranya telah dipersetujui oleh waris yg lain untuk memberikan separuh dari tanah itu kepada makcik saya, dan separuh lagi tanah (hibah bahagian ayah) di bahagi mengikut faraid, berapa bahagian yg kami 4 beradik dapat?

    jika bahagian kami 4 beradik sikit dalam mana2 cara pembahagian diatas maka tidak perlulah mana2 pihak memperbesarkan isu ini.

    saya berharap puan dapat menjawab persoalan saya ini, supaya saya dapat pencerahan untuk saya jelaskan kepada adik2 yang lain. moga tiada pihak yg bertindak sebelah dari pembahagian harta ini.
    berat

    BalasPadam
  24. Salam puan..

    Sy ingin bertanya sedikit,mungkin agak panjang ceritanya

    1.tokki sy tlh meninggal 2 3 tahun lepas,ketika hayat nya dia telah mengatakan kpd mak saudara sy supaya rumahnya dibuat sebagai tempat pengajian islam,tp pesanan tokki sy ini hanya didengari oleh mak saudara sy shj tanpa pengetahuan sesiapa pun,jd mcm mana status rumah tersebut??adakah sah pesanan tokki sy utk menjadikan rumahnya sebagai wakaf tempat pengajian???

    2.dalam masa sama,tokki sy juga telah mghibahkan juga kayu2 rumah nya kpd ayah(menantu) sy kerana ayah sy seorang tukang kayu,tp sebelum pemberian tersebut tokki sy sebelumnya tidak konsisten tlh mghibahkan juga pd ayah saudara sy tp tidak diketahui bagaimana bentuk pemberian pd ayah saudara sy,tp ini sekadar cerita2 hearsay shj dan tidak jelas statusnya,tokki sy juga pernah menyatakan pemberian tersebut kpd abang sy,tp secara pemahaman nya niat dia utk diberi kpd ayah sy,tp kbnyakan keluarga sy tahu pemberian kayu tersebut diberi kpd ayah sy,walaupun bgtu sebenarnya niat tokki sy hnya utk dibuat pusat pengajian.jd apakah status hibah ini??

    3.setelah kematian tokki sy rumah tersebut tlh dirobohkan oleh mak saudara dan ayah(menantu) sy tanpa perbincangan dr keluarga yg lain dgn tujuan mak saudara sy ingin bt tmpt pengajian seperti pesanan tokki ,malahan dilakukan sebelum faraid,ayah sy tlh mengambil kayu2 tersebut atas dasar pemberian hibah ketika tokki sy hidup,isu ini menaikan kemarahan family yg lain dan disuruh bt balik rumah tokki sy,jd apakah status pengambilan kayu tersebut??adakah sah??kalu dikira mengambil harta faraid mcm mna diganti balik??adakah dgn ganti dgn rumah atau ckup sekadar bayar balik kayu yg diambil?

    4.faraid tidak selesai smpai skrg krn isu kemelut antara keluarga,ingin diketahui status di atas sebelum faraid sebenar dijalankan

    BalasPadam
  25. Assalamualaikum..
    Saya seorang wanita bujang yang kematian bapa.
    Ibu masih ada lagi dan adik beradik saya kesemuanya adalah perempuan.
    (Allahyarham bapa saya mempunyai kakak dan abang²nya yang masih lagi hidup)
    Jika saya meninggal, bagaimanakah cara pembahagian harta saya mengikut sistem faraid?
    🙏 Terima Kasih..

    BalasPadam
  26. Assalamualaikum puan,

    Arwah ibu saya ada sebuah rumah atas namanya..mengikut muafakat kami adik beradik kami ingin meletakkan nama2 kami termasuk ayah atas rumah tersebut. Kami bersetuju rumah tersebut dibahagikan secara faraid. Soalan saya disini adakah jika salah seorang antara kami meninggal waris kami boleh menuntut bahagian faraid rumah tersebut atau tidak?. Jika boleh, adakah undang2 lain yang menyatakan supaya waris kami tidak boleh menuntut bahagian faraid pewaris yg meninggal itu. Hal ini kerana ayah saya bakal berkahwin lain.. dan kami adik beradik tidak setuju jika setelah ayah kami tiada nanti maka isteri barunya menuntut bahagian faraidnya. Harap dapat memberi jawapan

    BalasPadam
  27. Salam..
    saya nak bertanya.. adakah tanah yg tiada geran boleh di faraidkan?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum Puan,

    Mohon nasihat dari Puan.. Nenek saya baru meninggal dunia dan ada meninggalkan sejumlah wang yang banyak. Arwah nenek kematian suami, masih mempunyai 2 orang adik perempuan, 2 orang anak lelaki (seorang telah meninggal dunia) dan 3 orang anak perempuan. Semasa keuzuran hari tua arwah nenek dibela dan diuruskan oleh 4 orang cucu (adik beradik-anak kpd salah seorang anak perempuan arwah) bergilir-gilir. Ini termasuk perbelanjaan dan akses kepada duit arwah nenek. Soalan saya.. Bagaimana pembahagian harta dan Wang arwah secara sah dalam Islam? Terdapat perbalahan waris dgn 4 orang cucu yg menguruskan Wang arwah sebelum ini. Adakah apa-apa tindakan melalui undang2 yang boleh diambil terhadap mereka? Kerana dikuatiri pecah amanah dan salah guna Wang arwah nenek. Kerana arwah nenek semasa uzurnya kerap dalam keadaan lupa dan ngantuk. Terima kasih.

    BalasPadam
  29. Assalamualaikum wbk. Di sini saya ingin bertnya beberapa soalan isu faraid. Si mati (isteri) meninggalkan suami, tiada anak serta waris perempuan seorang lelaki dan 3 org perempuan.

    1.bagaimanakah bahagian faraid utk
    Kwsp suami 80%
    Bapa simati (sudah meninggal) 20%
    Wang simpanan
    Khairat kematian
    Pencen
    Barang kemas / pakaian
    Harta sepencarian

    2. Bolehkah suami mengambil seutas rantai si mati sebagai tanda kenangan tanpa di nilaikan dalam faraid.

    3. Hutang si mati yang perlu di selesaikan
    Menunaikan haji
    Zakat/fidyah
    Pengurusan jenazah
    Hutang dengan manusia
    Bolehkah suami guna dalam harta si mati sebelum faraid..
    Sekian.

    BalasPadam

Catat Ulasan