Isteri bukan penjaga harta anak bawah umur bila suami meninggal dunia

"Abang, lantiklah isteri abang sebagai penjaga harta anak abang siap-siap...nanti bila abang dah tiada, isteri abang ini jugalah yang akan jaga dan besarkan anak-anak abang"

Kalau anda bukan peguam syarie...bukan hakim syarie...bukan pegawai bicara pusaka...bukan pekerja di Amanah Raya, anda mesti tidak pernah terpikir akan siapa yang akan menjaga dan mengurus harta anak-anak anda jika ditakdirkan anda meninggal dunia ketika usia anak-anak anda masih di bawah 18 tahun.

Atau suami secara spontan mengatakan isterilah yang akan jaga harta anak-anak anda kerana mereka yang akan jaga anak-anak anda nanti jika anda pergi dahulu. Jaga anak-anak mungkin YA, tetapi menjadi penjaga harta bagi anak bawah umur mungkin TIDAK dari sudut undang-undang syarak.




Sepintas perbualan dengan seorang ibu tunggal, Puan Imah, yang telah kematian suami kira-kira 10 tahun lepas. Suaminya seorang guru di sebuah sekolah di Pontian, Johor meninggal dunia kerana sakit ketika usia anak masih kecil. Tanpa sempat membuat apa-apa perancangan harta pusaka.

Oleh kerana Puan Imah seorang yang berkerjaya, biasa dengan urusan-urusan pejabat, puan Imah telah menguruskan segala urusan harta pusaka arwah suaminya dari permohonan surat kuasa mentadbir, pembayaran hutang-piutang arwah termasuk hutang kereta, hutang kredit kad dan hutang rumah sehingga lah pertukaran milik rumah dan kereta arwah atas nama waris diselesaikannya. Lebih setahun jugalah urusan pusaka itu baru selesai.

Namun puan Imah agak terkejut dengan perintah yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah yang mengarahkan harta pusaka yang berhak diterima oleh anak perempuan mereka yang merangkumi wang simpanan, KWSP, ASB, takaful dan sebagainya dari arwah suami diserahkan kepada Amanah Raya. Mahkamah tidak memberikan hak penjagaan harta anak tunggalnya yang ketika itu baru berusia 6 tahun, ke atasnya walaupun Puan Imah merupakan ibu kandung anak tersebut, yang melahirkan dan membesarkan, sihat akal dan tubuh badan, serta berkemampuan dari segi fizikal untuk menjaga anaknya tetapi kenapa mahkamah memutuskan dia tidak berhak menjaga harta pusaka yang sepatutnya diterima oleh anaknya?

Disebabkan keputusan mahkamah tersebut, selama 10 tahun ini Puan Imah membesarkan anaknya dengan duit gajinya. Nasib baik dia bekerja dan duit gajinya cukup-cukup untuk menampung keperluan asas sara hidup mereka 2 beranak. Walaubagaimanapun ada masa-masa tertentu pendapatannya juga tidak mencukupi untuk menampung kos perbelanjaan persekolahan dan perubatan anaknya dan dia perlu juga mengeluarkan wang anaknya yang dibawah jagaan Amanah Raya.

Jadi Puan Imah perlu pergi memohon di Amanah Raya yang berada di Johor Bahru untuk dikeluarkan sedikit dari wang anaknya yang disimpan dan dijaga di syarikat tersebut untuk menampung kos perbelanjaan anaknya. Dalam 2 minggu biasanya permohonan diluluskan dan Puan Imah perlu kembali ke Amanah Raya semula untuk mengambil perbelanjaan yang telah diluluskan tersebut yang mana jarak rumah dan syarikat tersebut terletak lebih kurang 80km. Nasib baik Puan Imah boleh memandu sendiri untuk ke Amanah Raya. Jika tidak, jenuh juga hendak menaiki pengangkutan awam ke Johor Bahru. Begitulah rutinnya saban tahun selama 10 tahun ini dan rutin ini terpaksa diteruskan sehingga anak itu cukup umur 18 tahun beberapa tahun lagi.

"Ketahuilah suami bahawa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak-anak bawah umur secara automatik"

Kenapa isteri tidak mendapat hak penjagaan harta anak bawah umur secara terus? Merujuk kepada Enakmen Undang-undang Keluarga Islam, 'bapa adalah penjaga hakiki yang pertama dan utama bagi diri dan harta anaknya yang belum dewasa, dan apabila bapa telah mati, maka hak di sisi undang-undang bagi menjaga anaknya itu adalah turun kepada datuk lelaki di sebelah bapa (iaitu ayah kepada suami atau ayah mertua isteri). Jika datuk sudah meninggal, hak penjagaan berpindah kepada wasi yang dilantik oleh bapa kanak-kanak tadi.'

Jika bapa tidak meninggalkan wasiat pada waktu kematiannya dan ayahnya juga sudah meninggal, maka isteri tidak berhak dari sudut undang-undang syarak untuk menjaga harta anaknya yang masih bawah umur. Maka harta pusaka yang diterima oleh anak akan diserah kepada Amanah Raya untuk di jaga sehingga anak mencapai umur dewasa.

"Jangan letak anak bawah umur sebagai penama atau penerima hibah polisi takaful, KWSP, ASB dan Tabung Haji"

Begitu juga halnya bagi wang hasil polisi takaful, KWSP, ASB dan sebagainya yang mengamalkan konsep penamaan. Ramai orang meletakkan penama anak yang masih di bawah umur dengan anggapan sekiranya berlaku kematian pada si ayah (pemegang polisi/pencarum/pemilik harta), wang dari sumber tersebut akan dapat kepada anak untuk mereka survive  nanti. Namun berdasarkan undang-undang jika penama atau penerima hibah masih di bawah umur kompeten berkontrak (bawah 18 tahun), wang tersebut akan diserah kepada Amanah Raya bukannya diserah terus kepada anak yang masih bawah umur ataupun kepada isteri atau ibu anak tersebut. Boleh rujuk jadual 10 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

Jadi, bagaimana isteri hendak survive membesarkan anak-anak bila suami tiada nanti? semua sedia maklum, bahagian isteri dalam faraid suami adalah sebanyak 1/8 berbanding bahagian anak yang mengambil asobah (baki) faraid suami.

Jadi sebagai isteri dan juga ibu kepada anak-anak, dengan 1/8 bahagian pusaka itulah ditambah dengan pendapatan isteri (jika ada) digunakan secara berjimat oleh si isteri untuk menampung perbelanjaan sara hidup anak-anak, perbelanjaan sekolah anak-anak, perbelanjaan hari raya anak-anak, menampung kos perubatan anak-anak dan sebagainya. Belum dikira lagi sara hidup isteri itu sendiri lagi. Tidakkah suami kasihan akan isteri anda yang terus setia mengorbankan diri demi anak-anak anda bersendirian tanpa suami di sisi? Meletak tepi keinginannya untuk berhias dan bermewah-mewah demi mengutamakan keperluan anak-anak. Sehinggakan isteri sendiri tidak merasa 1/8 haknya dari pusaka suaminya. 

Oleh itu, suami jangan alpa, jangan leka dan jangan ambil mudah. Islam telah menggariskan keperluan berwasiat untuk melantik penjaga harta bagi anak yang masih bawah umur. Rujuk Enakmen Undang-undang Keluarga Islam yang jelas menyatakan bahawa 'Bapa adalah sentiasa mempunyai kuasa paling luas untuk membuat melalui wasiat apa-apa perkiraan yang difikirkannya baik sekali berhubung dengan penjagaan anak-anaknya yang masih kanak-kanak dan berhubung dengan hal memperlindungi kepentingan-kepentingan mereka.'

"Suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta anak-anak dalam wasiat"

Kepada suami, lantiklah isteri sebagai penjaga harta bagi anak-anak anda agar isteri dan anak-anak anda tidak terbeban jika ditakdirkan anda pergi dahulu ketika usia anak-anak masih kecil. Bila suami melantik isteri sebagai penjaga harta anak-anak di dalam wasiatnya, selepas kematian suami, bahagian pusaka yang diterima oleh anak-anak akan diserah kepada isteri untuk diguna secara berhemah sebagai pemegang amanah atau penjaga harta bagi manfaat anak-anak tersebut sehingga cukup umur. Dengan itu, anak-anak anda membesar dengan hasil titik peluh yang telah anda usahakan selama hayat anda.

Bukannya tidak percaya pada datuk tetapi jika datuk juga ditakdirkan pergi dahulu. Pakcik-makcik kepada anak-anak anda pula, walaupun menerima pusaka anda, tetapi tiada peruntukan undang-undang yang jelas mengatakan mereka wajib menanggung nafkah anak-anak anda sehingga mencapai umur dewasa. Bukannya Amanah Raya tidak bagus dalam menjaga harta anak-anak anda tetapi prosedur dan jarak tempat tinggal yang menjadi kekangan. Dan akhirnya isteri anda yang merupakan ibu kepada anak-anak anda juga yang akan berhempas pulas bekerja siang dan malam menampung nafkah membesarkan anak-anak anda sendirian.

Suami, fahamlah dan buatlah perancangan terbaik untuk isteri dan anak-anak anda.


Baca banyak lagi artikel di http://pakarpusakaislam.blogspot.my/p/artikel.html


Muat turun KIT PERMULAAN WASIAT dengan klik banner di bawah ini



Ulasan

  1. Saya d fahamkan... jika saya (isteri) sebagai penama. Saya hanya berhak mengeluarkan wang dari bank. Bila wang itu d tangan saya. Saya wajib bahagikan secara faraid pd penerima pusaka.... kerana saya hanya mempunyai seorg ank perempuan. Dan saya hanya lyk mengambil 1/8...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pada pendapat sy,sebaiknya puan meminta suami puan utk buat hibah melalui Takaful. Kalau suami puan mempunyai Insurance,pampasan kematian perlulah dibahagikan melalui Faraid. Berlainan dgn Takaful,wang pampasan kematian boleh diberikan secara Hibah,iaitu directly kpd puan -Nik Syarihan (PruBsn Takaful @ 013.3080.571)

      Padam
    2. Ya puan, jika puan dinamakan sebagai penama di KWSP, Tabung Haji dan Takaful wajib membahagi harta pengikut hukum syarak.

      Untuk pengetahuan puan, wang simpanan di dalam bank, saham-saham, kenderaan, dan aset-aset tak alih seperti rumah dan tanah TIADA PENAMAAN. Oleh itu, untuk memastikan aset-aset ini dapat dipindah milik kepada waris-waris hendaklah menulis wasiat agar proses pentadbiran mudah dan cepat.

      Untuk memberi lebih kepada pasangan (isteri) suami boleh menyediakan DEKLARASI HARTA SEPENCARIAN.

      Untuk penerangan dan urusan lanjut, puan boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      Padam
  2. Ya, merujuk kepada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-49 pada 10 September 2000,

    “Penama dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, Bank Simpanan Pejabat Pos, Bank, Syarikat Insurans dan kesatuan kerjasama adalah seperti orang-orang yang melaksanakan wasiat si mati atau yang membuat wasiat. Orang-orang itu boleh menerima wang si mati dari punca-punca yang disebut itu untuk dibahagikan kepada orang-orang yang berhak mengikut undang-undang Islam mengenai warisan”

    Dari jumlah pusaka, bahagian faraid puan adalah 1/8 manakala seorang anak perempuan adalah 1/2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagaimana dengan harta sepencarian? Bukankah para isteri berhak memohon harta sepencarian sebelum harta difaraidkan.

      Padam
    2. Ya, sebenarnya balu berhak terlebih dahulu menuntut harta sepencarian di Mahkamah Syariah sebelum harta pusaka difaraidkan.

      Semasa proses tuntutan, balu perlu membuktikan hak milik dan sumbaangannya ke atas harta yang dituntut. Boleh rujuk artikel saya berkaitan harta sepencarian di https://pakarpusakaislam.blogspot.my/2016/07/harta-sepencarian-harta-isteri.html

      Harta pusaka tidak boleh dibahagikan selagi proses tuntutan ini tidak seleasai.

      Padam
  3. Assalammualaikum
    Puan,
    Mohon penjelasan ..
    sy dan suami mempunyai harta bersama iaitu 2 buah rumah dan simpanan.
    kami mempunyai seorg anak perempuan berusia 2thn.
    masalah sy .. sefahaman sy sekiranya kami meninggal dunia .hak penjagaan anak akan berpihak kpd keluarga suami. Malah harta jgk berpihak kepada mereka.
    Yg merisaukan sy ,2 drpd saudara suami mempunyai rekod polis dan tidak bekerja (keduanya sudah berkahwin) dan yg sulung walaupun bekerja kerajaan berpendapatan tetap tp mempunyai 6 anak lelaki yg masih kecil.
    Yg merisaukan sy ..bagaimana pembahagian harta tersebut boleh di buat dan dpt menjaga kepentingan anak sy. Dan bagaimana caranya untuk sy menghalang hak penjagaan anak jatuh kepada keluarga suami dan diberi pada keluarga sy

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Puan Norasimah Ali.

      Hak Penjagaan Anak atau Hadhanah dan Hak Penjagaan Harta Anak adalah dua perkara yang berbeza dan mempunyai peruntukan undang-undang yang berbeza.

      Dalam situasi suami dan isteri meninggal serentak, hak penjagaan anak (hadhanah) akan bertukar kepada nenek sebelah ibu kanak-kanak tersebut.jika nenek sudah tiada, hadhanah akan berpindah pula kepada adik-beradik perempuan kepada kanak-kanak tersebut yang telah cukup umur. Jika tiada, berpindah kepada adik-beradik perempuan kepada ibu kanak-kanak tersebut (ibu saudara sebelah ibu) kemudian barulah berpindah ke ibu saudara sebelah bapa kanak-kanak tersebut.

      Bagi Hak Penjagaan Harta pula mengikut turutan datuk sebelah bapa kemudian wasi bapa.

      Padam
    2. Salam puan, jika ingin penerangan lebih lanjut mengenal hibah, boleh contact saya di 01110-662287
      Saya buat pengurusan harta di kawasan Selangor, kl, putrajaya dan seremban

      Padam
  4. sekarang sudah tahun 2016, semua urusan boleh dibuat secara online. andai ditakdirkan suami yg pergi dulu, spt kes pn imah yg mmg bekerja dan mahir dalam selok belok urusan pejabat, kenapa urusan permohonan dan pembayaran tidak dibuat secara online sahaja. kenapa perlu pn imah bersusah payaj ke amanah raya setiap kali memerlukan perbelanjaan

    adakah amanah raya tidak mempunyai mekanisma yg memudahkan pembayaran kepada mereka yg berhak. serupa juga kan, menghadirkan diri ke amanah raya utk mengambil duit vs online transfer

    mohon pencerahan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya tiada wasiat yang dibuat sebelum kematian, segala simpanan di dalam bank, asb, dan lain2 akan terus kepada Amanah Raya. Dan proses untuk pengeluaran dari amanah raya bukan mudah kerana memerlukan dokumen dan persetujuan ahli ahli keluarga yang terlibat yakni barangkali memerlukan persetujuan dari pihak mahkamah juga. Mungkin itu menyebabkan Pn Imah terpaksa berulang alik menyelesaikan masalah tersebut.

      Padam
    2. Skrg mmg Amanahraya terus bank in kan cek ke dalam akaun penjaga. Akaun amanah mempunyai 2 cara permohonan, berkala dan tidak. bagi berkala biasanya akan dimasukkan setiap 3 bulan sekali manakala satu cara lagi hanya apabila penjaga memohon one off. ini bermaksud penjaga memohon dan Amanahraya masukkan duit ke dalam akaun penjaga berdasarkan permohonan. jika amaun yg diminta agak besar, pegawai amanahraya akan turun menyiasat keperluan permohonan tersebut agak tiada salah laku berlaku

      Padam
  5. terima kasih atas penjelasan. ada satu persoalan saya: mengapa Islam menerapkan peraturan seperti ini? ia kelihatan seperti tidak adil bg si isteri. mohon penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. sungguh kita wajib berbaik sangka kpd Allah. Allah yg Maha Adil tidak akan sekali kali berlaku zalim. yang zalim apabila orang yg menerima amanah tidak menjalani amanahnya. puan perlu bezakan yg mana Allah gariskan sebagai panduan, yang mana pula manusia mengimpletasikannya menurut akal sendiri. cth yg diberikan adalah hak anak bawah umur diserahkan kpd amanah raya. si ibu boleh memaklumkan amanah raya keperluan wang saku tetap secara bulanan, malah boleh memohon wang utk belanja persekolahan serta perayaan. setiap kali membaca artikel berkenaan anjuran agama kita, harap dapat bezakan yg mana suruhan Allah, yg mana peraturan manusia utk mengelakkan kata2 yg zalim ke atas islam itu sendiri.

      Padam
    2. Islam itu indah DAN Allah itu Maha Adil lagi Maha mengetahui. Betul kata ecahnuar di atas. Sebenarnya Allah meletakkan tanggungjawab menanggung nafkah dan sara hidup sesebuah keluarga ke atas suami iaitu orang lelaki. Faraid harta berpihak banyak pada org lelaki kerana tanggungjawab menyara keluarga yang ditinggalkan si mati sebenarnya jatuh atas saudara lelaki. Ramai yang hanya ingat pada hak faraid nya tetapi tidak ingat atas tanggungjawab yang datang bersama harta faraid yang diterima. Di sini kelemahan pengurusan harta pusaka itu bukanlah salah Islam itu tetapi salah manusia yang tida mahu ambil tahu hak dan tanggungjawabnya sendiri. Mungkin undang2 tidak cukup peruntukan bagi memastikan harta faraid bukan saja dibahagi dgn betul tetapi juga ditadbir dgn betul.

      Allahu a'lam

      Padam
  6. Ummu ikhwan: sebab ni...(baca link ni) :)

    http://www.ohbulan.com/suami-meninggal-dunia-keluarga-berebut-nakkan-harta-sehingga-isteri-merempat-mereka-lupa/

    BalasPadam
  7. Assalaamu'alaikum. Saya mmpunyai 3 org anak perempuan dari usia 6 hingga 14 tahun.
    Contohnya jika suami saya yg meninggal dulu n saya tlh diletakkn sbg PENAMA bg smua aset yg dia ada x kira lah ASB @ yg lain2...ada kah saya boleh mngmbil alih mnjaga harta trsebut? Mohon penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam puan, konsep penamaan hanya terdapat dalam KWSP, Tabung Haji, Takaful/insurans dan Unit Amanah. ASB tidak menggunapakai konsep penamaan.

      Tanggungjawab penama adalah merupakan pemegang amanah dan bertindak sebagai wasi yang mana wajib membahagikan harta tersebut kepada waris-waris faraid berdasarkan hukum syarak.

      Bagi aset lain yang tiada menggunakan konsep penamaan, harta tersebut hanya boleh dipindahmilik kepada waris (contoh: isteri dan anak-anak) setelah mendapat surat kuasa mentadbir.

      Dalam situasi puan, kritikal, suami puan dan puan sendiri perlu menulis wasiat untuk memudahkan proses pentadbiran harta pusaka kerana melibatkan waris yang ramai iaitu, suami/isteri, anak-anak, dan adik-beradik puan dan suami.

      oleh itu, dengan menulis wasiat, wasi yang dilantik akan menjalankan proses pentadbiran secara terus tanpa perlu mendapatkan persetujuan dari waris-waris.

      Nota: Proses pentadbiran bermaksud, proses mendapatkan surat kuasa mentadbir dari mahkamah tinggi, mengumpul semua harta peninggalan, pembayaran hutang-piutang si mati, dan akhir sekali pengagihan mengikut wasiat dan tertakluk kepada faraid.

      Untuk penerangan dan urusan lanjut, puan boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      Terima kasih

      Padam
  8. Assalamualaikum puan. maaf, Bagaimana cara utk pembahagian pusaka sekiranya tanah tersebut hak kakak ipar dan rumah adalah pusaka arwah ayah mertua. suami mempunyai adik beradik yg lain juga (1 ayah lain ibu). Arwah ayah mertua secara amnya tlh membahagikan harta kpd bekas isteri & anak2nya( semasa mereka bercerai dulu). Ttapi, setelah pemergian ibu suami sy baru2 ini, anak2 arwah ayah dgn bekas isteri juga menuntut hak mereka. Hinggakan simpanan arwah ibu mertua juga mereka kira sbagai pusaka arwah ayah.arwah ayah tiada meninggalkan harta selain rumah pusaka tersebut.
    Soalannya :
    1) Bagaimana cara utk menyelesaikan permasalahn ini?
    2) Adakah wang simpanan/brg kemas arwah ibu mertua dikira pusaka juga kpd anak2 tiri arwah.?
    3) arwah ayah juga pernah menyebut bhw rumah skrang ni beliau beri kpd adik bongsu suami memandangkan bekas isteri dan anak2 yg lain telah diberikan hak mereka sebelum ini.apakah pernyataan tersebut terpakai?
    Terima kasih ats penjelasan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam puan Mazlina Ali,

      Syarat perwarisan adalah:

      1. berlaku kematian kepada pemilik harta
      2. Waris hidup semasa kematian berlaku
      3. Waris mempunyai pertalian darah dengan si mati, atau pertalian perkahwinan dengan si mati

      Situasi puan ini agak kompleks. saya perlukan pencerahan lanjut berkaitan waris-waris yang terlibat dalam situasi ini dari puan.

      1. Secara umumnya, sekiranya geran tanah atas nama kakak ipar, itu harta kakak ipar. jika ayah membina rumah di atas tanah kakak ipar, secara tidak langsung ia menjadi rumah kakak ipar, bukan pusaka ayah.

      2. Berkaitan wang simpanan/ barang kemas arwah ibu mertua puan, sila rujuk penerangan saya di atas berkaitan syarat perwarisan. Waris mesti mempunyai hubungan darah dengan si mati.

      3. Wasiat mulut perlu penyaksian dan pengesahan dari mahkamah syariah.

      Saya boleh membantu puan dalam menyelesaikan masalah ini dengan menjalankan proses pentadbiran harta yang betul. Untuk penerangan dan urusan lanjut, puan boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      Padam
  9. Assalamualaikum..sy mempunyai seorg ank lelaki masih dbawah umur..suami tidak meletakkan nama sy sebagai apa2 penama utk dia..jika suami ditakdirkan meninggal dhulu bagaimanakah status hak sy dan ank?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya tiada penama atau wasiat segala wang simpanan di bank atau agensi lain akan dibekukan dan terus kepada Amanah Raya. Proses untuk memohon semula mungkin agak lambat kerana akan diagihkan mengikut undang undang faraid.Sebaiknya boleh suruh suami menulis penama dan menulis wasiat.

      Padam
    2. Waalaikumussalam Puan,

      Jika penamaan masih tidak dibuat dan berlaku kematian ke atas suami, puan dan anak-anak perlu mendapatkan surat kuasa mentadbir terlebih dahulu untuk membolehkan harta pusaka suami termasuk, KWSP, Tabung Haji, akaun simpanan, kenderaan, rumah dan sebagainya dipindah milik kepada waris iaitu puan dan anak-anak.

      Jika anak-anak masih di bawah umur, hak penjagaan harta anak adalah seperti yang saya terangkan di dalam artikel di atas.

      Oleh itu, untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pentadbiran, suami puan perlu menulis wasiat selain sekadar meletak penamaan dalam KWSP, Tabung Haji dan Takaful.

      Untuk penerangan dan urusan lanjut, puan boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      Terima kasih

      Padam
  10. Bagus artikel ini.....Harap dapat membuka mata suami isteri yang tak tahu pasal prosedur mahkamah. Sebab walau macamana sekalipun, sebenarnya isterilah yg mengambil alih tugas mengurus anak anak apabila kematian suaminya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul, artikel ini ditulis berdasarkan pengalaman sebenar yang dilalui oleh pelanggan-pelanggan saya yang merupakan ibu tunggal dan ramai antara mereka yang tidak berkahwin selepas kematian suaminya.

      Padam
  11. Kalau tak ada nak? Dan kalau ada cuma anak ankat macan mana pulak .?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak angkat bukan waris dan tidak menerima sebarang pusaka dari ibu dan ayah angkatnya.

      Sekiranya ingin memastikan anak angkat mendapat sebahagian dari harta pusaka kita, tuan/puan perlu membuat wasiat serta melantik siapakan penjaga harta/pemegang amanah untuk anak ini sekiranya dia masih bawah umur.

      Untuk penerangan dan urusan lanjut, tuan/puan boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      Padam
  12. Sy nk tny
    Pencen arwah mama sy masuk dlm akaun abah saya
    Sy ada 4 beradik
    Kami ada hak x terhadap duit pencen mama sy tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duit pencen arwah mama puan tidak dikategorikan sebagai harta pusaka arwah, dan atas faktor itu, ia tidak tertakluk kepada hukum Faraid. Puan & adik beradik tiada hak ke atas pencen tersebut. Wallahuallam

      Padam
    2. Bagaimana pula jika ibubapa dh bercerai, anak2 dah dewasa. Jika salah sorang meninggal, bgaimana ngan hartanya jika ada? Bagaimana ngan duit pencen? Jika kedua2 ibu bapa ada pencen, dh bercerai, salah ssorang pergi dulu, siapa yg akam trima pencen tersebyut? Jika ada adik oku mcm mna pula?

      Padam
    3. Menjawab pertanyaan Nur Syafawati, Dalam undang-undang pencen, wang dibayar kepada pasangan si mati terlebih dahulu, jikapasangan tiada, akan diberi kepada anak si mati yang masih bawah umur.

      Dalam Situasi Nur Syafawati, anak-anak tiada hak terhadap duit pencen arwah ibu selagi abah masih ada. tetapi anak-anak berhak kepada hak nafkah dari abah.

      Padam
    4. Menjawab pertanyaan ika, apabila pasangan telah bercerai, tidak lagi layak pada harta pusaka dan wang pencen si mati. Pencen si mati akan diterima oleh anak bawah umur si mati atau jika ada anak oku, anak oku akan dapat.

      Padam
  13. Bagus juga kalau harta tu amanah raya yang jaga. Coz untuk masa depan si anak juga.. Berbalik cerita pn imah, itu kalau ia tidak berkahwin lain kalau dia kahwen lain bukan duit yg sepatutnya untuk masa depan si anak dah dibelnjakan kemana. Dan mohon pada wanita2 jgn sesekali menidakan hukum ALLAH.. Sesunggunya ALLAH membuat sesuatu adalah yg terbaik untuk hambanya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. digunakan ke tmpt lain itu urusan die dan Tuhan..kite mnyampaikan ape yg perlu die tahu..

      Padam
  14. Di akhir zaman ini ramai golongan2 wanita muncul konon sebagai pembela kaum wanita. Padahal dalam sedar tidak sedar mereka telah melanggar hukum yang ALLAH diturunkan kepada hambanya. Zaman sekrng ramai perempuan menentang keras hukum2 berpoligami.. Harta pusaka.. Diorng tidak dpt menerima hukum yang ALLAH turunkan. Sedarlah wahai kaum wanita sesugunhnya apa yg kamu perjuangkan itu akan terjerumus dirimu ke neraka

    BalasPadam
  15. Assalammualaikum.

    Sy nak tanye. Arwah ibu sy sebelum dia berkahwin,ada beli sebuah rumah flat dkt area cheras. Selepas dia meninggal rumah tu xde diwasiatkan kepada suami atau anak2. Jadi rumah tu jatuh kepada atas nama atuk dan nenek sy which is ibu dan bapa kepada arwah. Kami ni 3 beradik, sulung abang, kedua which is saya anak perempuan dan seorg adik bongsu lelaki. Dan atuk sy telah meninggal dunia, skrg yg tggl ialah nenek dan adik2 arwah ibu.

    Soalan saya ialah. Bagaimana cara pembahagian hasil rumah tersebut jika dijual?

    Kalau pula sy mahu ambil alih rumah tu secara sah. macam mana dan ape yg perlu sy buat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumussalam cik/pn yang bertanya.

      Dalam situasi ini, waris yang berhak ke atas harta pusaka ibu adalah:
      1. Datuk (ayah kepada ibu)
      2. Nenek (ibu kepada ibu)
      3. Suami
      4. Anak lelaki
      5. anak perempuan

      Apabila datuk meninggal dunia selepas ibu, bahagian datuk berhak kepada:
      1. Nenek (isteri datuk/ibu kepada ibu)
      2. Anak-anak datuk (adik-beradik kepada ibu)

      Waris-waris yang tersenarai di atas hendaklah menjalankan pentadbiran harta pusaka bagi mendapat surat kuasa mentadbir bagi membolehkan rumah itu dijual. hasil jualan dibahagikan kepada semua waris di atas.

      Untuk mengetahui nisbah yang diterima setiap waris dan khidmat nasihat untuk menjalankan proses pentadbiran bagi membolehkan cik/puan mewarisi rumah tersebut secara sah, boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      Terima kasih.

      Padam
  16. Assalam.. sy nk bertnya.. sy dulunye seorg ibu tunggal mmpunyai 3 ank.. dan sudah berkahwin lagi. Jika berlaku pd suami kdua.. adekah boleh sy menuntut hartanya sperti kwsp..socso.. sbb sy tidak punya ank dgn suami kdua.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh Puan, sebagai isteri, puan ada hak mewarisi harta pusaka.

      Padam
  17. Maaf saya nak tanya,
    Kalau isteri meninggal terlebih dahulu. Harta si isteri jatuh pada suami atau anak atau saudara si isteri?
    Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waris isteri:

      ayah
      ibu
      suami
      anak lelaki
      anak perempuan

      Jika tiada ayah, diganti dengan datuk dan ke atas.

      Jika tiada Anak lelaki, diganti cucu lelaki dari anak lelaki dan ke bawah.

      Jika tiada kedua-duanya, maka adik-beradik lelaki dan perempuan si mati akan mnyertai senarai ahli waris

      Padam
  18. Assalamualaikum...

    Sekiranya semua harta suami dinamakan 100% atas nama isteri,(asb,kwsp,takaful) boleh ke ahli keluarga suami menuntut hak mereka mengikut faraid.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekiranya dinamakan secara penamaan (nomination), ahli keluarga si mati berhak atas bahagian faraid.

      Jika dinamakan sebagai hibah, ahli keluarga si mati tidak berhak.

      Padam
  19. Assalam..

    Saya berpisah dengan bekas suami dan kini telah berkahwin. Saya mempunyai 3 orang anak- dua lelaki dan seorang perempuan hasil drpd perkahwinan pertama. Saya kini adalah isteri kedua kepada suami baru saya ini. Persoalan sekarang : sekiranya saya yg meninggal dunia, bagaimanakah cara yg terbaik utk saya agihkan wang kwsp ataupon harta saya? Penama diletakkan nama suami atau bagaimana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wang KWSP tertakluk kepada fatwa kebangsaan iaitu difaraidkan. Anak puan dari suami pertama dan juga suami kedua puan berhak pada wang kwsp secara faraid.

      Sekiranya anak masih bawah umur, sebaiknya dinamakan suami atau ahli keluarga puan yang sudah cukup umur supaya tiada masalah sewaktu pengeluaran wang tersebut nanti.

      Padam
  20. Inilah keadilan utk wanita dan ibu , sedih.

    BalasPadam
  21. sy nk tny sekiranya suami meninggal, dan bapa sblh bapa tidak mampu utk menyara cucunya,(atok tiada pencen& telah berpisah dengan neneknya)serta bapa saudara sblh bapa pon tidak bkerja & ade yg baru utk memulakan pkerjaan(bru tmt pengajian)& tidak rapat dengan buahnya adakah anak td akan di jaga oleh pihak jkm sekiranya ibunya mampu menjaga mereka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hak penjagaan anak dan hak penjagaan harta anak adalah berbeza.

      Hak penjagaan anak tetap pada ibunya manakala hak penjagaan harta sahaja yang akan mengikut turutan yang diterangkan di dalam artikel ini.

      Padam
  22. Slm Pn,
    Slps kematian suami bekas bapa mentua menuntut asb arwah suami.dsebabkn nilai krg dr 2.5k,byrn dbuat kpd bapa arwah.epf jg dbahagi mengikut faraid.bolehkah sy tuntut nafkah ank perempuan sy yg dbwh umur keats datuknya walau sy bkerja?apakah syrat dan kelayakan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh. Puan boleh mendapatkan nasihat dari peguam syarie untuk menuntut nafkah anak tersebut

      Padam
  23. Apa yg saya faham, dalam islam, yang menjadi wali (datuk atau bapa saudara) kepada anak2 yatim itu yg seharusnya bertanggungjawab keatas kebajikan mereka. Kenapakah para-para wali tersebut masih inginkan peruntukan undang-undang untuk mereka menjalankan tanggung jawab sebagai wali? Tidak cukup kah hukum-hukum yang dah ada di dalam islam?

    BalasPadam
  24. Assalammualaikum...

    Nama saya Muhamad Isa... Mohon pencerahan untuk permasalahan seperti dibawah ini...

    Baru baru ini adik ipar saya meninggal dunia dan telah meninggalkan seorang isteri serta 3 org anak iaitu lelaki beumur 13 tahun dan 2 org anak perempuan berumur 10 tahun dan 8 tahun.

    Mengikut hukum Islam wali terdekat iaitu abang atau adik lelaki si mati wajib memberikan nafkah kepada anak anak yatim tersebut.

    Persoalannya :-

    1. Adakah nafkah tersebut diberikan dari hasil pendapatan wali terdekat tersebut dan sampai bila nafkah tersebut wajib diberikan.

    2. Jika balu si mati menuntut semua harta si mati seperti wang KWSP , wang insuran peribadi , wang insuran berkelompok syarikat tempat si mati bekerja , rumah dan kereta dan sekiranya wali terdekat memberikan kebenaran adakah tanggungjawab memberikan nafkah kepada anak anak yatim ini terlepas dari bebanan wali terdekat ini.

    Mohon pencerahan.

    Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Ya. sehingga anak cukup umur.

      2. Atas persetujuan semua wali yang melepaskan hak faraidnya di dlam harta pusaka si mati dan atas persetujuan isteri si mati untuk mengambil keseluruhan harta pusaka si mati sebagai nafkah kepada anak-anak si mati.

      Padam
    2. Saya tak faham jawapan no 2 tu puan. Ada kah wali terlepas dr tanggungjawab atau tidak.

      Padam

Catat Ulasan