HARTA PUSAKA KECIL: LANGKAH-LANGKAH PERMOHONAN SURAT KUASA

HARTA PUSAKA KECIL


Umumnya telah mengetahui bahawa apabila berlaku sesuatu kematian, harta pusaka si mati perlu ditadbirkan iaitu mendapatkan satu Surat Kuasa Mentadbir dan/atau satu Perintah Pembahagian dari Mahkamah Tinggi atau Pejabat Pusaka Kecil atau Amanah Raya Berhad.

Apakah keperluan mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian?

Surat Kuasa Mentadbir dan Perintah Pembahagian ini diperlukan oleh waris dalam urusan untuk:

1. Menukar nama di dalam geran tanah si mati di pejabat tanah;

2. Menutup dan mengeluarkan wang dalam akaun bank si mati;

3. Menukar nama di dalam geran kenderaan si mati;

4. Mengeluarkan wang pelaburan si mati seperti di ASB;

5. Mengeluarkan wang koperasi si mati seperti di Bank Rakyat;

6. Mengeluarkan wang KWSP si mati: dan

7. Apa-apa sahaja yang melibatkan transaksi harta si mati.
  

Bagaimana hendak mengetahui sesuatu harta pusaka itu adalah di dalam kategori Harta Pusaka Kecil?



Di sini diterangkan secara ringkas apakah ciri-ciri harta pusaka kecil, bagaimana permohonan surat kuasa dibuat, siapa yang perlu memohon dan dokumen-dokumen permohonan untuk memudahkan anda memahami dan menjalankan pentadbiran harta pusaka kecil bagi kematian ahli keluarga anda yang telah meninggal dunia.

APA ITU HARTA PUSAKA KECIL?

Harta pusaka kecil ialah harta yang ditinggalkan oleh simati dan mempunyai ciri - ciri berikut :-



Seksyen 3(2) Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian)1955 menerangkan harta pusaka kecil sebagai harta peninggalan simati mengandungi kesemuanya atau sebahagiannya adalah harta tak alih terletak dimana-mana negeri dan jumlah nilai keseluruhannya tidak melebihi RM 2 juta pada tarikh permohonan dibuat. 


Ringkasnya, pusaka kecil adalah:


1.     Simati tidak meninggalkan wasiat

2.     Harta si mati terdiri daripada :

a.     Harta Tak Alih (Tanah/Rumah) sahaja, atau 

b.     Harta Tak Alih (Tanah/Rumah )  bersama-sama dengan harta alih seperti wang tunai, saham, kenderaan, carumah KWSP/Insuran ( tanpa penama ), ASN/ASB dan sebagainya

3.     Jumlah  nilaian keseluruhan harta itu hendaklah tidak melebihi RM2 juta pada tarikh permohonan dibuat


BAGAIMANA CARA MEMBUAT PERMOHONAN PEMBAHAGIAN HARTA PUSAKA KECIL?

1.  Permohonan pembahagian pusaka kecil hendaklah dibuat dengan memfailkan petisyen melalui borang A di Unit Pembahagian Pusaka Kecil di daerah di mana harta tidak alih si mati terletak. 

2.  Setiap permohonan mestilah disertakan dengan:-

a.  Bukti Kematian – sijil mati/permit menguburkan/surat akuan sumpah saksi yang melihat jenazah dikebumikan/ perintah anggapan kematian;

b.  Bukti waris – kad pengenalan/sijil lahir;

c.  Dokumen Harta Tak Alih - Salinan hakmilik yang diakui sah oleh Pejabat Tanah  atau Perakuan Carian Rasmi yang menunjukkan pegangan harta tak alih simati atau surat perjanjian jualbeli bagi rumah yang belum ada hakmilik yang berasingan, salinan resit cukai pintu bagi kediaman/bangunan Hak Milik Strata yang belum dikeluarkan dan resit cukai tanah (jika ada); dan

d.  Salinan dokumen harta - harta alih seperti salinan sijil saham, salinan buku akaun simpanan, salinan hak milik kenderaan, salinan penyata KWSP dan sebagainya yang terkini.


SIAPAKAH YANG BERHAK MEMOHON



Di antara mereka yang berhak memohon adalah seperti berikut:-



1.  Waris - waris simati seperti balu lelaki atau perempuan, anak lelaki atau perempuan, ibu atau bapa, Majlis Agama Islam ( Baitulmal ) dan sebagainya;

2.  Pemiutang dan pengkaveat;

3.  Pembeli di bawah surat perjanjian jual beli yang sah;

4.  Pemegang gadaian atau pemegang pajakan tanah simati;

5.  Penghulu atau Pegawai Petempatan yang diarahkan oleh Pentadbir Tanah;


6.  Amanah Raya Berhad


Oleh itu sebelum institusi atau orang-orang yang di dalam senarai 2 hingga 6 di atas menuntut harta pusaka ahli keluarga anda, hendaklah segera anda menuntut dahulu harta pusaka tersebut! Jangan sampai terlewat!


Mempunyai masalah untuk menguruskan pentadbiran Harta Pusaka Kecil?

Anda boleh mendapatkan khidmat rundingan dari Konsultan Harta Pusaka Kecil mengikut lokasi seperti berikut:



USTAZ MOHD ASWADI BIN ABDULLAH

TEL: 013-9281781
Whatsapp: www.wasap.my/60139281781/khidmat+pusaka+kecil
Email: iskandarzulqarnain@yahoo.com.my

Kawasan Perkhidmatan: 
KELANTAN



ENCIK MOHD PIDAUS MUSTAFA

    Tel: 013-2486216
Whatsapp: www.wasap.my/60132486216/khidmat+pusaka+kecil

Kawasan Perkhidmatan: 
TERENGGANU



PUAN NORHANISAH JOHAR

Tel: 019-7228769
Whatsapp: www.wasap.my/60197228769/khidmat+pusaka+kecil

Kawasan Perkhidmatan: 
JOHOR & PAHANG




PUAN IRDA RINA KAMARULBAHRAIN

Tel: 0 17-3676177
Whatsapp: www.wasap.my/60173676177/khidmat+pusaka+kecil

Kawasan Perkhidmatan: 
SELANGOR & KUALA LUMPUR

Sila layari http://pakarpusakaislam.blogspot.my/p/blog-page_2.html untuk maklumat lanjut

Ulasan