Disangka waris hanya 6 orang tetapi rupa-rupanya 27 orang. Lebih mengejutkan apabila 13 daripadanya adalah adik-beradik kepada menantu simati!

Pada 1986 suami (simati) meninggal dunia. Meninggalkan isteri dan 6 orang anak sekitar usia 12 hingga 27 tahun. Ketika itu, perbicaraan kuasa telah diadakan dan Surat Kuasa Mentadbir dikeluarkan melantik Isteri sebagai Pentadbir.

Masa berlalu dan pada 2019, isteri simati pula telah kembali kerahmatullah.

Sangkaan anak-anak simati bahawa pusaka ayahnya akan diwarisi oleh mereka 6 orang anak sahaja rupanya meleset sama sekali. Kenapa?


Pada tahun 2016 (sebelum pentadbir meninggal) anak perempuan sulung simati telah meninggal dunia. Meninggalkan 7 orang anak lelaki dan perempuan. Oleh itu, 7 orang anak ini akan menjadi waris menerima bahagian ibunya yang meninggal dunia. Waris lapis pertama dan waris lapis kedua kini menjadi 12 orang.

Pada 2017, cucu si mati iaitu anak lelaki sulung kepada anak simati yang telah meninggal tadi pula meninggal. Cucu si mati ini ada isteri dan 2 orang anak perempuan. Isteri dan 2 anak perempuan ini menjadi waris secara automatik mewarisi bahagian cucu simati tadi.

Namun, setelah siasatan terperinci dibuat, rupa-rupanya datuk dari sebelah bapa kepada cucu simati masih hidup ketika kematian cucu tadi dan meninggal dunia hanya sebulan selepas cucu itu meninggal dunia. Secara tidak langsung 13 orang bapa dan ibu saudara cucu dari sebelah arwah bapanya juga mewarisi pusaka datuk sebelah ibunya.

Jumlah waris keseluruhan dalam kes ini adalah 27 orang!

Siapa sangka adik beradik kepada menantu kita akan mewarisi pusaka kita suatu hari nanti. Inilah yang telah berlaku dalam kes ini.




Ulasan