BUKU FARAID MUDAH FAHAM: Langkah pertama belajar faraid

“Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, dan orang-orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh Allah).”
Pengertian petikan ayat 7, Surah an-Nisaa’
JOM memahami asas faraid dari mula PENENTUAN HAK PERWARISAN sehingga PEMBAHAGIANNYA.
dengan memiliki senaskhah BUKU FARAID MUDAH FAHAM

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.”
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
Umat Islam di Malaysia amat digalakkan untuk mempelajari ilmu faraid yang merupakan asas dalam pembahagian harta pusaka orang Islam dan terpakai dalam undang-undang pentadbiran pusaka orang Islam di Malaysia.

Tujuannya adalah untuk mengelakkan pembahagian pusaka yang tidak betul dan meletakkan hak orang lain kepada orang-orang yang tidak berhak sekaligus mengakibatkan berlakunya perpecahan keluarga kerana salah faham, salah tafsiran, salah perhitungan dan sebagainya.

Pentingnya mempelajari ilmu faraid ini adalah supaya kita tidak:

 Terpedaya dengan hasutan syaitan
 Tersilap mengambil hak orang lain yang disangka hak kita
 Bergaduh/berbalah bertelingkah sesama saudara sendiri
 Terkhilaf mengambil pandangan
 Salah faham yang cenderung kepada Islamofobia
 Memakan harta yang batil
 Mewariskan harta batil kepada waris kita dan
 Mengambil masa yang lama untuk menguruskan pusaka ahli keluarga yang telah mati

Salah Faham: Faraid Rigid
Antara salah faham yang popular dalam kalangan masyarakat Islam adalah Faraid merupakan satu ilmu yang rigid pada pembahagiannya. Tidak boleh diubah dan tidak boleh disesuaikan dengan situasi.

Salah Faham: Faraid Tidak Adil Kepada Wanita
Salah faham lain masyarakat adalah faraid tidak adil kepada kaum wanita. Salah faham ini berpunca dari tanggapan bahawa dalam semua situasi, anak perempuan akan mendapat bahagian yang sedikit daripada anak lelaki dengan kadar 1 bahagian pusaka untuk anak perempuan dan 2 bahagian pusaka untuk anak lelaki.

Selain itu, wanita juga dikatakan dianiaya dalam amalan hukum faraid ini sehinggakan terpaksa berkongsi di dalam kes poligami. Begitu juga dengan anggapan bahawa isteri terpaksa menampung nafkah anak-anak daripada bahagian yang diterimananya.

Salah Faham: Adik-beradik Waris Utama
Masyarakat juga salah faham dengan menganggap bahawa adik-beradik si mati merupakan waris utama dalam menerima harta pusaka. Terutamanya di dalam situasi anak-anak yang masih di bawah umur. Juga salah faham masyarakat dalam hak ibu bapa ke atas pusaka anaknya.


Ekoran daripada salah faham yang semakin membarah dalam kalangan masayarakat Islam di Malaysia ini yang mendorong kepada ketakutan kepada hukum faraid. Maka berpusu-pusu membuat hibah secara pindah milik terus atau deklarasi walaupun tiada keterdesakan untuk melakukannya yang akhirnya mengundang masalah lain yang tidak disangkakan seperti tiada harta pusaka yang boleh digunakan untuk membayar hutang si mati dan dihalau dari rumah setelah dihibahkan.

HENTIKAN SALAH FAHAM INI!
KATAKAN TIDAK KEPADA ISLAMOFOBIA
Dapatkan segera buku



Buku ini ditulis seorang Peguam Syarie lulusan Sarjana Undang-undang dan Diploma lepasan Ijazah Syariah dan Amalan dari Universiti Teknologi Mara Malaysia. Pemahaman Faraid berdasarkan acuan Malaysia yang bersumberkan al-Quran dan sunah. Nota kuliah dirumuskan dalam bentuk jadual dan rajah dipadatkan di dalam buku ini.

Penulis berpengalaman melatih lebih 1000 Perancang Harta Pusaka Islam.
Penulis juga berpengalaman mengurus tadbir harta pusaka orang Islam selama lebih 7 tahun.
Penulis juga mahir dalam mendapatkan SIJIL AKUAN FARAID dari Mahkamah-mahkamah Syariah di Malaysia.

Penulis pada hari ini berkongsi dengan semua tentang KONSEP ASAS yang PATUT DIKETAHUI OLEH SEMUA MUSLIM dalam ilmu perwarisan harta pusaka Islam.

Konsep asas diterangkan dalam bahasa tahap menengah yang mudah difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Penulis juga menerangkan LANGKAH DEMI LANGKAH PENGIRAAN FARAID sehingga mendapat pecahan pusaka yang sempurna untuk semua waris. 


Isi kandungan buku padat dengan

1. Penerangan bergambar beserta jadual pembahagian


2. Kemahiran pengiraan langkah demi langkah

3. Jadual yang lengkap dan mudah difahami
4. Carta yang menarik


 DAPATKAN SENASKHAH UNTUK DIRI ANDA DAN KELUARGA

Cara pantas untuk mengenalpasti waris dan kadar pembahagian sebelum mendapat sijil akuan faraid dari mahkamah syariah.

Boleh dijadikan kit atau sumber rujukan ketika dalam pembincangan ahli keluarga dalam menguruskan pembahagian pusaka.
HANYA RM30 sahaja
BELI
Sila klik untuk proses pembelian buku ini
Untuk penghantaran secara KURIER:
Sila berikan <NAMA, NO. TEL., ALAMAT>
Harga: RM30 + RM8 (cas kurier) = RM38

Ulasan