SOAL HARTA: SEPENCARIAN DATUK, PUSAKA UNTUK CUCU

Soal harta
Kisah 1
Saya pening kepala memikirkan tuntutan harta dari anak saudara saya. Anak saudara saya mendakwa adanya bahagian sepencarian datuk (ayah saya) dalam harta yg dimiliki oleh nenek (ibu saya).
Ayah (adik saya) kpd anak saudara saya ni telah meninggal dunia selepas ayah saya meninggal. Jadinya, berdasarkan hukum faraid berhak adik saya ke atas pusaka ayah saya.
Namun tuntutan yg dibuat oleh anak saudara saya atas tanah yang ibu saya beli. Anak saudara mendakwa ada bahagian ayah saya di situ kerana harta itu dibeli oleh ibu saya semasa ayah masih hidup. Tanah itu bukanlah dipindah milik kepada ibu melalui permohonan pusaka arwah ayah! Tetapi dipindahmilik dari penjual kepada ibu saya melalui borang 14A.
Saya tiada niat untuk menafikan hak mereka atas pusaka arwah ayah saya bagi bahagian adik saya itu. Tetapi bagaimana saya nak mengiyakan bahagian faraid mereka sedangkan tanah sah atas nama ibu saya yang masih hidup.
Kini hubungan kami bermasalah kerana anak saudara sudah hilang rasa hormat kepada kami, ibu dan bapa saudaranya dan juga nenek mereka. Semuanya kerana harta.
Persoalan saya kepada peguam, perlukah saya membuat apa-apa untuk selesaikan isu ini?
Jawapan peguam: Tidak. Sebaliknya anak saudara perlu buktikan wujudnya sepencarian datuk dalam harta nenek.

Ulasan