REALITI WASIAT dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia



Wasiat TIDAK BOLEH kepada waris

 Wasiat hanya terhad kepada 1/3 HARTA

 Wasiat hanya untuk BUKAN WARIS

***********************************************************************************************
REALITI WASIAT dalam pentadbiran harta pusaka di Malaysia
***********************************************************************************************




Wasiat adalah dokumen perlantikan wasi yang akan menguruskan keseluruhan harta pusaka atas nama si mati samaada harta alih (wang simpanan, takaful, pelaburan, kenderaan, syarikat dan sebagainya) dan harta tak alih (rumah dan tanah). Oleh itu, wasiat bukan hanya berkuasa ke atas 1/3 harta pusaka sahaja.

Oleh itu, di dalam wasiat dibolehkan dan digalakkan menyatakan hasrat pembahagian ke atas KESELURUHAN HARTA SEMASA dalam pemilikan pewasiat.

Jika pewasiat berhasrat hendak menyatakan pemberian kepada BUKAN WARIS (anak ankat, cucu, anak saudara, anak tiri, anak susuan, saudara, badan kebajikan dan sebagainya), tertakluk kepada syarat 1/3 iaitu jika selepas kematian pewasiat, dinilaikan keseluruhan harta dan pemberian kpd bukan waris tadi:
- jika tidak melebihi 1/3, maka diberikan kepadanya;
- sekiranya melebihi 1/3, maka persetujuan waris faraid si mati diperlukan ke atas lebihan drpd 1/3 itu;
- Jika semua waris setuju, maka akan dilaksanakan seluruh hasrat pemberian kepada bukan waris itu;
- jika waris tidak bersetuju, maka 1/3 adalah terjamin utk bukan waris.

Hasrat pemberian kepada WARIS FARAID juga boleh dinyatakan di dalam wasiat yang sama yang mana pembahagiannya TERTAKLUK KEPADA FARAID. Ianya adalah sebagai pesanan kepada wasi dan waris-waris bagaimana harta pusaka hendak diagihkan yang bertujuan sebagai 'guideline' untuk memudahkan pengagihan dibuat.



Jika pembahagian kepada waris-waris faraid tidak mengikut faraid, maka diperlukan persetujuan semua waris faraid selepas kematian pewasiat.

Ini dipanggil DOKTRIN Al-TAKHARRUJ yang bermaksud perdamaian yang mana telah digunapakai dalam sistem pentadbiran harta pusaka di mana-mana peringkat samaada Amanah Raya Berhad, Pejabat Pusaka Kecil atau Mahkamah Tinggi.

Dokrin ini bermaksud mana-mana waris boleh menarik diri dari menerima pusaka tanpa sebarang pertukaran atau menukar bahagian pusaka yang diterimanya dgn nilai ringgit.

Oleh itu, jika pemberian kepada waris di dalam wasiat tidak mengikut faraid:
- jika semua waris bersetuju, maka berjalanlah seperti yang diwasiatkan;
- jika ada seorang yang tidak bersetuju, yang tidak bersetuju itu akan diberikan oleh wasi setakat had faraidnya sahaja dan yang lain-lain akan mengikut wasiat;
- jika semua waris tidak bersetuju, wasi dengan kuasa yang telah diberikan oleh Mahkamah Tinggi akan membahagikan harta pusaka mengikut faraid.

Pembahagian ini dibuat setelah wasi yang dipertanggungjawabkan mendapatkan PROBET dari Mahkamah Tinggi dan membayar segala hutang-piutang si mati.

Probet adalah satu bentuk surat kuasa yang memberi kuasa kepada seseorang untuk menjalankan transaksi mewakili pemilik harta yang telah mati ke atas harta pusakanya. Tanpa probet ini, sebarang transaksi atas harta pusaka dibekukan.

- Pakar Pusaka Islam -

🏃 Pertanyaan lanjut berkaitan wasiat, sila hubungi Perunding Harta Pusaka berlesen di: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/p/name-alamat-no.html…

Ulasan