Pagi Jumaat lepas Pakar Pusaka Islam dihubungi oleh seorang anak untuk menetapkan temujanji bagi membuat wasiat ayahnya. Pagi itu ayahnya masih lagi sihat seperti biasa dan sedang berjalan-jalan di rumah anaknya itu di Kuala Lumpur dari Pahang sempena cuti Tahun Baru Cina.
Temujanji telah ditetapkan pada hari Rabu iaitu 5 hari kemudian di rumah ayahnya di Pahang. Ini kerana faktor cuti tahun baru sehingga hari Isnin dan ayahnya bercadang untuk pulang ke rumahnya di Pahang pada hari selasa. Katanya dia selesa untuk berbincang di rumahnya sendiri tambahan pula mudah untuk mengumpulkan maklumat yang diperlukan jika di rumah sendiri.
Semasa Pakar Pusaka Islam sedang mengadakan kursus kepada Perancang Harta Pusaka di Kota Bahru pada hari Selasa yang lalu, Pakar Pusaka Islam telah dihubungi oleh si anak tadi mengatakan ayahnya tiba-tiba stroke pada petang Jumaat lalu di rumahnya dan kini sedang dirawat di Hospital Selayang. Keadaannya sangat tenat. Anaknya sangat gusar jika ayahnya tdak sempat menulis wasiat sebelum menghembuskan nafas yang terakhir.
Ini bukan pengalaman pertama Pakar Pusaka Islam menghadapi situasi begini. Tahun lepas situasi yang lebih kurang sama. Seorang pelanggan yang telah setahun menangguhkan hasrat penulis wasiat tiba-tiba kembali menghubungi Pakar Pusaka Islam dan mahu segera menulis wasiat. Rupanya baru disahkan menghidap barah tahap 4. Pihak kami berusaha mempercepatkan proses penulisan wasiat. Sehari kemudian, ketika hadir untuk sesi menandatangani wasiat di rumah pelanggan, didapati pelanggan sudah terlantar tidak sedarkan diri. Beberapa jam kemudian anak pelanggan mengesahkan bahawa ayahnya telah meninggal dunia. Ayahnya meninggal dunia tanpa sempat menandatangani wasiat.
Pengalaman lain yang pernah Pakar Pusaka Hadapi adalah seorang pelanggan yang mahu menulis wasiat seperti kes ini. Namun selang beberapa hari apabila dihubungi semula, suaminya memaklumkan bahawa isterinya kini berada di Hospital Pakar Puteri, Johor Bahru kerana stroke. Dalam kes ini, pelanggan berjaya diselamatkan namun perlu menjalani tempoh perubatan yang panjang sekurang-kurangnya 6 bulan sehingga boleh bercakap, bangun dan mampu menggerakkan tangannya sendiri untuk menandatangani/mengcop jari wasiatnya. Proses menandatangani wasiat tertangguh. Didoakan semoga beliau cepat semboh dari ujian Allah ini.
Apabila seseorang sudah stroke atau dalam keadaan tenat iaitu hampir mati, bermakna sudah tidak boleh lagi menulis wasiat. Ini kerana hak dan kuasanya terhadap hartanya telah ditarik sebanyak 2/3 walaupun masih lagi belum meninggal dunia.
Allah maha berkuasa dan Allah jualah yang mah mengetahui...
Dalam kes ini, Si anak tadi sekali lagi menghubungi Pakar Pusaka Islam pada hari Rabu. Kali ini dengan nada sedih memaklumkan bahawa ayahnya telah kembali kepada penciptanya awal pagi Rabu itu. Hari yang sepatutnya kami berjumpa atas urusan penulisan wasiat.
Pakar Pusaka Islam berasa amat terkilan kerana sekali lagi tidak dapat membantu seorang Muslim untuk berwasiat sebelum ajalnya.
Semoga rohnya tenang di sana dan dicucuri rahmat.
Disinilah kepentingan perancangan harta dibuat awal iaitu ketika masih sihat dan masih hidup. Dari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
Bersegeralah berwasiat. Hubungilah Perunding Pakar Pusaka Islam yang berda diseluruh negara. Mudah-mudahan perunding-perunding dapat membantu anda dalam menyediakan perancangan harta pusaka sebelum anda dijemput ke alam sana.
Hubungi Pakar Pusaka Islam di http://pakarpusakaislam.blogspot.my/p/name-alamat-no.html

“Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Masa sihat sebelum sakit. Masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Masa mudamu sebelum datang masa tua dan Masa hidup sebelum tiba masa mati.” (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi).
Bersegeralah berwasiat. Hubungilah Perunding Pakar Pusaka Islam yang berda diseluruh negara. Mudah-mudahan perunding-perunding dapat membantu anda dalam menyediakan perancangan harta pusaka sebelum anda dijemput ke alam sana.
Hubungi Pakar Pusaka Islam di http://pakarpusakaislam.blogspot.my/p/name-alamat-no.html
Ulasan
Catat Ulasan