HARTA SEPENCARIAN: Harta isteri, sepencarian suami?

Lain dari kebiasaan


Hari ini saya terima 1 pertanyaan tentang harta sepencarian yang agak berbeza dari selalu. Selalunya pertanyaan yang saya terima lebih menjurus kepada hak isteri dalam harta sepencarian.  Antara soalan biasa yang saya terima adalah:

- Adakah isteri ada hak sepencarian dalam harta yang didaftarkan atas nama suami?

- Adakah isteri boleh menuntut harta sepencarian dari harta yang suami perolehi sebelum perkahwinan?

- Bagaimana isteri boleh tuntut harta sepencarian?

- Bolehkah isteri kedua tuntut harta sepencarian dari harta yang diperolehi suami bersama isteri pertama?

- Bolehkah isteri menuntut harta sepencarian dahulu sebelum suami berpoligami?

- Bolehkah isteri tuntut harta sepencarian selepas kematian suami?


Soalan-soalan di atas banyak ditanya kerana dalam kebanyakan kes, harta-harta dimiliki oleh suami kerana suami adalah ketua keluarga dan bertanggungjawab dalam nafkah keluarganya. 

Jadi isu ini selalunya timbul apabila isteri diceraikan dan ditinggalkan dalam keadaan sehelai sepinggang atau dalam kes poligami, semestinya menjadi sifat semulajadi seorang isteri itu sukar untuk berkongsi sesuatu yang pada asalnya  dinikmatinya seorang dan juga atas faktor keselamatan hak milik, risau jika harta tersebut dipindah milik kepada madunya.

Selain itu, isu ini juga boleh timbul dalam kes kematian, bahagian faraid isteri hanya 1/8 dari keseluruhan pusaka suami dan dengan bahagian kecil itulah isteri perlu gunakan secara berhemah untuk diri sendiri dan sara hidup anak-anak yang masih bawah umur sehingga isteri tersebut berkahwin baru atau sehingga anak-anak yang kecil menjadi dewasa.


Suami ada hak sepencarian?


Namun jarang sekali kita dengar tentang hak sepencarian suami dalam harta yang dimiliki isteri. Contohnya seperti soalan yang saya terima di bawah:


Zaman sekarang ini, ramai wanita bekerjaya dan ada yang bergaji lebih besar dari gaji suami. Secara tidak langsung mereka juga menyumbang dalam kemajuan ekonomi keluarga contohnya membeli rumah kediaman.

Jadi, bila isteri meninggal, suami masih hidup, suami berhak kepada bahagian faraidnya. Jika suami hendak bahagian lebih dalam rumah tersebut atau mahukan milikan penuh rumah tersebut tanpa berkongsi dengan ibu mertua, bapa mertua, anak-anak atau adik-beradik isteri, suami perlu menuntut rumah tersebut sebagai harta sepencarian.

Jika selepas tuntutan berjaya dan diperintahkan bahawa rumah tersebut menjadi sepencarian suami, dan suami pula meninggal dunia, jatuhlah sebagai pusaka suami, Jika semasa kematian suami itu tiada anak lelaki dan ayah, maka adik-beradik suami mendapat bahagian.


Hak sepencarian dituntut oleh pihak ketiga


Dalam kes yang lain pula, jika isteri masih hidup, suami meninggal dahulu, bolehkah anak-anak atau adik-beradik suami menuntut harta tersebut sebagai sepencarian bagi suami tersebut?


Terdapat banyak kes syariah yang mana tuntutan dibuat oleh pihak ketiga iaitu anak-anak atau adik-beradik si mati. Samaada yang mati itu suami tau isteri. Adakah tuntutan tersebut berjaya?

Dalam semua kes mahkamah, pembuktian diperlukan. Pembuktian apa? Pembuktian bahawa si mati mempunyai hak sepencarian dalam harta tersebut, samaada sumbangan secara langsung atau secara tidak langsung.


Dalam kebanyakan kes tuntutan harta sepencarian oleh pihak ketiga ditolak samaada diperingkat awal atau semasa prosiding sedang berjalan oleh mahkamah atas alasan pihak ketiga tiada hak dalam menuntut harta sepencarian kerana sepencarian adalah hal yang melibatkan suami san isteri sahaja atau pembuktian yang lemah dan tidak relevan.

Namun seperti yang saya sebut di atas, tuntutan tersebut masih boleh dilakukan jika ada alasan yang munasabah untuk dengar dan diputuskan oleh mahkamah.


Keperluan menyediakan Deklarasi Harta Sepencarian


Kini Deklarasi Harta Sepencarian semakin popular. Populariti dokumen ini semakin meluas adalah berpunca dari kesedaran umum dalam melindungi hak pasangan jika berlaku sesuatu terutamanya kematian salah seorang dari pasangan tersebut. 


Kes tuntutan sukar dan ditolak oleh mahkamah


Kesedaran ini ekoran banyak kes mahkamah berkaitan tuntutan harta sepencarian gagal atau mahkamah hanya membenarkan sebahagian sahaja sebagai harta sepencarian dari keseluruhan jumlah harta yang dituntut atau banyak juga kes yang separuh jalan.

Kenapa banyak kes tuntutan berhenti separuh jalan? Seperti yang saya nyatakan di atas tadi, setiap kes perlukan pembuktian. Kadang-kadang pihak yang menuntut gagal mengemukakan bukti yang munasabah seperti resit pembelian, transaksi pindahan bayaran secara atas talian dan juga saksi yang akhirnya membuat keputusan menarik kes.

Melibatkan kos yang tinggi

Faktor lain yang menyebabkan kes berhenti separuh jalan adalah kos guaman yang mahal. Pihak yang menuntut harta sepencarian perlu mengeluarkan wang simpanannya dahulu bagi menampung kos perbicaraan tidak kira samaada kes tersebut berjaya atau tidak. 

Keretakan hubungan keluarga

Apa yang menyedihkan dalam kes tuntutan harta sepencarian terutama bagi kes kematian, perpecahan atau keretakan hubungan kekeluargaan antara ibu/bapa dan anak-anak kandung mereka sendiri, isteri/suami dengan ipar duai dan mertua. Keretakan ini pasti berlaku kerana pihak yang menuntut atau dikenali sebagai plaintif yang mungkitn terdiri dari samaada anak-anak kandung atau adik-beradik si mati atau ibu bapa si mati perlu membuktikan alasan-alasan tuntutan yang mungkin mengaibkan pihak defendan iaitu isteri atau suami kepada si mati tadi.

Kelebihan Deklarasi Harta Sepencarian


Atas faktor-faktor di atas, masyarakat mula sedar akan peranan dokumen Deklarasi Harta Sepencarian yang boleh menjamin hak sepencarian suami dan isteri dilindung. Juga untuk melebihkan bahagian yang diterima oleh pasangan selain hanya menerima bahagian faraidnya sahaja. Tambahan pula dengan adanya deklarasi ini boleh meringankan beban pasangan dalam meneruskan survivalnya.

Kita perlu ingat bahawa tidak semua pasangan yang ditinggalkan dalam usia yang muda dan mudah berkahwin lain. Cuba banyangkan jika suami mati meninggalkan isteri yang berumur 60 tahun, kemungkinan untuk isteri itu disunting menjadi isteri oleh lelaki lain adalah sangat kecil. Pada usia tersebut juga dia sudah tidak terdaya untuk bekerja bagi menampung keperluan harian bagi menghabiskan sisa-sisa hidup. 

Walaupun meninggalkan pasangan yang muda, tidak semestinya mereka mudah mencari pengganti.

Jadi fikir-fikirkan lah dan bincang-bincanglah dengan pasangan anda tentang penyediaan deklarasi ini. Anda dan pasangan boleh menentukan bahagian dan peratusan sepencarian masing-masing secara bersama samaada dalam harta atas nama suami atau atas nama isteri. Buatlah deklarasi harta sepencarian ini semasa hubungan masih harmoni. Jangan sudah terhantuk baru tergadah.




Muat turun KIT PERMULAAN WASIAT dengan klik banner di bawah ini



Ulasan

  1. Assalammualaikum.. tumpang tanya.. ayah sy dh meninggal dlm 2 tahun lepas. Dia tak buat wasiat. Jadi harta peninggalan ayah tu mak tiri sy cuba nak ambil alih tp tak dpt kerana gagal mendapat tanda tangan sy. Tak lama lepas tu mak tiri saya pulak meninggal. Tapi mak tiri sy serahkan segala berkaitan harta ayah sy kepada anak saudara nya. Soalan nya dia sini. Ada kah anak saudara mak tiri saya berhak atad harta ayah saya? Kalau tak berhak, macam mana kami nak menuntut harta ayah sy tu dari anak saudara mak tiri sy. Mak tiri sy tak ada anak. Harap pihak puan dpt membantu. Di dahului dengan terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam Puan Suraya,

      Aapa yang saya faham dari penceritaan puan adalah harta pusaka arwah ayah puan masih lagi belum ditadbirkan.

      untuk makluman, waris bagi harta pusaka ayah puan adalah:

      1. Isteri ayah (mak tiri)
      2. Anak-anak ayah.

      Apabila berlaku pula kematian pada mak tiri, waris maktiri yang mempunyai pertalian darah berhak mewarisi bahagian yang sepatutnya mak tiri terima dari pusaka ayah.

      Kami boleh membantu puan dalam kes ini. Untuk urusan lanjut, puan boleh hubungi saya di:

      Tel: 019-7228769
      Email: norhanisah.assoc@gmail.com
      Fb pages: Pakar Pusaka Islam
      Blog: http://pakarpusakaislam.blogspot.my/

      terima kasih

      Padam
  2. Assalamualaikum. Maaf mengganggu. Sy nk bertanyakan soalan tentang pencerain. Tentang harta sepencarian. Adakah bila bercerai. Si suami berhak meminta harta sepencarian ? Walaupun dia telah melepaskan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri dan anak2. Dan jikalau harta2 semua ditukar nama ke atas nama anak2. Dan si isteri tidak mempunyai harta. Adakah si suami boleh menuntut harta di bawah nama anak2 tersebut ? Minta tlg jasa baik ustaz utk bantu sy faham. Terima kasih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Mahkamah akan memutuskan sepencarian setelah ditolak tunggakan nafkah yang dituntut oleh isteri.

      Jika nama sudah ditukar atas nama anak-anak, perlukan juga perintah mahkamah untuk memerintahkan pindahmilik sepencarian berdasarkan bukti-bukti yang kukuh atas sumbangan sepencarian.

      Padam
  3. Assalamualaikum puan.

    Saya hendak bertanya tentang pembahagian harta faraid.

    Jika seorang isteri tidak mempunyai anak dengan arwah suami, tetapi arwah suami mempunyai anak dengan arwah isteri pertamanya, berapakah bahagian faraid yang isteri akan dapat?

    1/4 ataupun 1/8?

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumussalam puan.

      1/8 bahagian faraid isteri walaupun tiada anak bersama suami tetapi suami mati meninggalkan anak yang diperolehi dari perkahwinan terdahulu.

      Padam
  4. salam ..abh sya berkawin baru 3 bln..bln ketiga abh meniggal..dan xda membuat wasiat.tuk isi borang penama pusaka kecil blh ke klu kitaorg x tulis nama isteri kedua abh.sb dlm tempoh perkwinan tu dia x jlnkan tnggug jawab...mase abh meniggal pun dia xdtg .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlu masukkan nama isteri abah kerana dia berhak dalam harta pusaka.

      Boleh berunding dengan ibu tiri untuk mendapatkan persetujuan agar dia melepaskan hak faraidnya dan menandatangani borang persetujuan

      Padam
  5. Assalamualaikum..sya nk tnya pndapat..sya bru kematian ibu..arwah ibu sy ada 8 org ank..4org dari suami pertama..4org lg dari suami kedua..sy ank suami kedua..ibu sy ada mninggalkan barang kemas..smua brang kemas yg dimiliki oleh ibu sy hsil dari hdup bersama arwah abah sy...layakkah ank2 ibu sy yg suami pertama mndapat bhgian dari barang tersebut...?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setiap anak empunyai hak dalam pusaka ibunya.

      Oleh itu, walaupun barang kemas itu diperolehi sepanjang tempoh perkahwinan kedua ibu, anak-anak dari perkahwinan pertama berhak sebagai waris faraid.

      oleh itu, digalakkan semua anak-anak ibu berunding untukmendapatkan persetujuan berkaitan harta-harta tersebut.

      Padam
  6. Salam. Saya ingin bertanya berkenaan harta sepencarian yang boleh dituntut oleh ibu saya setelah kematian suami. Ayah saya telah meninggalkan wang simpan sebanyak 10k yang dikumpul semasa sepanjang beliu berkerja dan ibu dan ayah bersetuju untuk menjadikan wang simpanan tersebut sebagai wang simpanan yang sepatutnya diberikan kepada ibu saya sebagai nafkah. ibu saya bersetuju oleh kerana perbelajaan harian dikeluarga dikeluarkan bersama oleh ibu dan ayah.

    soalan saya : Adakah ibu saya boleh menuntut wang simpanan tersebut sebagai harta spencarian ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, ibu puan boleh menuntut wang tersebut sebagai sepencarian

      Padam
  7. Assalamualaikum Puan ,
    Sekadar bertanya berkenaan arwah ayah saya sebagai Pemegang Amanah tanah arwah atuk saya 2 tahun lepas ayah saya telah meninggal dunia soalan saya perlukah saya dan adik beradik menuntut tanah tersebut , Arwah ayah saya ada mempunyai seorang abang yang mempunyai waris ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam.

      Ayah merupakan pemegang amanah dan juga anak kepada arwah atuk. sebagai anak, ayah berhak ke atas harta pusaka atuk. ini bermakna, ayah tuan ada bahagian faraid dalam harta pusaka datuk sama seperti abangnya.

      oleh kerana ayah tuan telah meninggal dunia juga sedangkan harta pusaka datuk masih belum ditukar nama kepada nama waris-waris datuk, tuan dan adik-beradik tuan secara tidak langsung mempunyai bahagian faraid dalam harta pusaka datuk dari bahagian faraid yang sepatutnya ayah tuan terima.

      oleh itu, tuan dan adik beradik boleh menuntut bahagian dalam tanah arwah atuk.

      Padam
  8. Assalammualaikum Puan,
    Saya nk tanya..bolehkah satu pihak menuntut harta sepencarian yg telah dihibahkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. TIDAK melainkan pihak tersebut boleh membuktikan sebaliknya di Mahkamah Syariah

      Padam
  9. Assalamualaikum puan.. sy nak tanye berkaitan harta sepencarian ... ibu kandung saya meninggal dan saya ada ayah tiri... kira cerai mati .. anak dengan ayah tiri takde... sekrang ayah tiri sudah keluar rumah dan ambil semua brg brg dalam rumah arwah ibu saya... semua brg dalam rumah ibu saya yang punya termasuk rumah...bila ibu dah tiada ayah tiri ambil semua brg rumah dan pergi ... bila tanye dia kata nak hak sepencarian ... adakah wajar tindakan ayah tiri tersebut ? Bolehkan kami anak anak ibu menuntut semula hak hak ibu dalam harta sepencarian ?

    BalasPadam
  10. Assalamuailaikum... bolehkah ibu menuntut nafkah anak.pada waris yg memdapat bahagian faraid?tuntuan.yg sah dr segi agama dan.undang2... pernah terjadikah tuntutan seperti ini?tq

    BalasPadam

Catat Ulasan