Ayah yang susah hati



Seorang ayah hatinya menjadi gusar...menjadi tidak tenang dan tidak tenteram.

Melihat anak-anak membesar dan kian membesar dan kini menginjak dewasa..punyai kehidupannya sendiri...punyai keluarganya sendiri... dan berjaya dalam bidangnya masing-masing

Namum ayah semakin susah hati...susah hati bila usia semakim di penghujungnya...bila-bila masa ayah akan pergi...pergi yang tidak akan kembali.

Ayah memanggil anak-anaknya. Anak yang sulung, perempuan, seorang guru agama. Sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak..memiliki sifat yang tegas dalam kerjaya dan keluarga. Anak yang kedua, site supervisor, bekerja dgn kontraktor binaan, lelaki. Juga sudah beristeri dan mempunyai 2 orang anak. Seorang yang bertanggungjawab namun sering mengambil sikap berkecuali dlm sesuatu perkara. Tidak suka melibatkan diri dlm masalah. Anak yang bongsu, perempuan, kerani. Juga sudah berkeluarga. Mempunyai hubungan yg akrab dgn kakak dan abangnya namun tinggal berjauhan.

Ayah hendak beritahu kepada anak-anaknya yang ayah susah hati. Ayah cuma ada 2 buah rumah. Dulu ayah ada tanah kebun...anak2 tidak mahu bantu ayah dan meneruskan kerja kebun...ayah jual tanah. Tapi sekarang ayah hanya ada 2 rumah untuk 3 anak...ayah semakin susah hati.

Ayah melihat anaknya seorang demi seorang. Berbagai perasaan. Walaupun anaknya yang sulung selalu buat ayah pening kepala..selalu bergaduh dgn adik2..tp ayah sayang dia. Anak yang ke-2 pun walaupun selalu mengelak, selalu lepas tangan dan kadang2 bersikap kasar kerana berselisih faham dgn kakaknya...tp ayah sayang dia. Anak yang ke-3, walaupun duduk jauh,lebih dlm hal keluarganya berbanding ayah..tp ayah sayang dia juga.

Ayah tidak tahu nak mulakan macamana...ayah malu juga kerana mungkin ayah tak macam ayah orang lain yang memiliki harta yang cukup utk dibahagi-bahagikan kepada setiap anak-anaknya. Sehingga umur ayah lebih 60 tahun inilah harta yang ayah ada untuk anak-anak yang ayah sayang.
Ayah rasa berat nk bagi tahu. Ayah sudah lama fikirkan perkara ni. Tidur ayah terganggu...makan ayah tak lalu. Ayah kena bagi tahu supaya anak-anak ayah tahu...supaya bila ayah tiada nnti, anak-anak ayah tidak berebut dan tidak memutuskan silaturrahim.

Ayah nak bagi tahu kepada anak-anak ayah, rumah yg 1, yg agak kecil sizenya dan lebih rendah harganya ayah bagi dekat anak ke-3. Rumah yang 2 yang lebih besar, lebih selesa dan lebih mahal harganya, ayah bagi dekat anak pertama dan kedua berkongsi...

Ayah terkejut...belum selesai ayat ayah...anak nombor 1 dah bersuara, yang ke-2 dah mendengus. Ayah susah hati lagi. Ayah terdiam.

Ayah duduk termenung, anak yang kedua kata, dia tak nak apa-apa. Bagi sahajalah rumah besar itu kpd kakak utk tinggal bersama keluarganya.

Ayah jadi sedih...tak kan hanya 2 orang anak mendapat hartanya tp seorang lagi tidak mendapat apa-apa harta darinya. Ayah jadi kecil hati.

Ayah jumpa anak yang pertama, inginkan pendapatnya. Bukankan lebih baik ayah tukarkan nama di rumah itu terus ke namanya lagi mudah. Tidakkan ayah ingat dulu anak ayah yang nombor 2 minta ayah jual tanah kebun yang pernah ayah nak serahkan kepadanya duhulu kerana dia tidak mahu mengusahakannya. Jadi bahagiannya sudah tiada. Ayah terkesima. Ayah rasa cukup pendidikan agama diberikan. Namun kata-katanya lebih berbaur nafsu dan emosi.

Ayah jumpa pula anak yg ke-2. Ayah cuba menyelami hati dan keinginannya..anak ke-2 kata dia lebih rela terima tanah yg ayah beri walaupun dalam pasu shj asalkan dia tidak berkongsi hak dgn yang lain. Ayah rasa bagai hendak menangis.

Ayah tak berkesempatan jumpa anak bongsunya. Ayah tidak tahu apa pula kata hati anak bongsunya.
Ayah bertambah susah hati...ayah masih ada...ayah belum pergi...ayah belum mati...tetapi ketegangan silaturrahim mula nampak.

Ayah duduk seorang diri...ayah tulis wasiat. Ayah curahkan hasrat hati ayah dlm wasiat...ayah coretkan pesanan ayah tentang harta, agama dan silaturrahim dalam wasiat. Kini ayah tahu harta tidak mampu menyampaikan kasih sayang ayah yang tidak pernah berbelah bahagi pada anak-anak ayah.

Wasiat ayahlah kasih sayang terakhir ayah buat anak-anak.

Ayah menangis...

Kisah sebenar seperti yang diceritakan kepada Pakar Pusaka Islam
28 Julai 2016
Kajang



Muat turun KIT PERMULAAN WASIAT dengan klik banner di bawah ini





Ulasan