WASI?
Apa itu wasi? Kenapa perlu ada wasi? Siapa boleh jadi wasi?
Persoalan di atas mungkin berlegar-legar apabila saja terbaca tajuk entry saya pada kali ini.
Wasi adalah individu atau syarikat amanah yang layak yang dilantik di dalam wasiat semasa hidup pewasiat bagi menjalankan amanah mentadbir harta pusaka pewasiat selepas kematiannya. Siapa wasi yang patut dilantik adalah atas pilihan pewasiat sendiri. Apakah tugas dan peranan wasi ini akan saya bincangkan di dalam posting seterusnya.
Apabila wasi ini tidak dilantik, maka apabila berlaku kematian akan timbul persoalan 'Siapa yang akan uruskan harta si mati?'. Maka pada ketika itu akan bermulalah episod tolak-menolak untuk mengambil tugas pentadbir (kerana mati tiada wasiat) dan drama perebutan harta pusaka yang tidak berkesudahan- sila rujuk semula posting saya sebelum ini bertajuk MASALAH DALAM MEMULAKAN PROSES PENTADBIRAN HARTA PUSAKA.
Lebih 15 juta orang Islam di Malaysia masih tiada wasi
Statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan populasi rakyat Malaysia pada tahun 2007 adalah seramai 27 juta orang. Dari jumlah itu, 68% adalah beragama Islam dan yang berumur majoriti (atas 18 tahun) seramai 70%, maka kira-kira 13 juta rakyat Malaysia tidak membuat perlantikan wasi pada ketika itu.Pada tempoh yang sama iaitu 21 Januari 2007, New Sunday Times telah melaporkan bahawa RM40 bilion harta pusaka telah terbeku yang mana pemilikannya masih didaftarkan atas nama orang yang telah mati,
Akhbar New Sunday Times bertarikh 21 Januari 2007 melaporkan bahawa RM60 bilion harta orang mati dibeku |
Pada 1 februari 2016 pula, Malaysia sekali lagi dikejutkan dengan statistik luar jangkaan iaitu peningkatan lagi RM20 bilion nilaian harta terbeku. Peningkatan ini menjadikannya RM60 bilion harta pusaka masih lagi dalam pemilikan orang yang sudah meninggal dunia. Angka tersebut diperolehi daripada rekod terkini Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (JKPTG), Kementerian Sumber Asli dan alam Sekitar. JKPTG adalah jabatan yang bertanggungjawab dalam mengeluarkan surat kuasa mentadbir bagi memindah milik harta pusaka kepada waris bagi kes-kes kematian yang tidak mempunyai wasi.
Akhbar Kosmo! bertarikh 1 Februari 2016 melaporkan bahawa RM60 bilion harta orang mati dibeku |
Tahun
|
Anggaran
Bilangan Rakyat
beragama Islam yang
tiada Wasiat
|
Anggaran
Nilaian
Harta
Pusaka Terbeku
|
2007
|
13 juta
|
RM40 bilion
|
2016
|
15 juta
|
RM60 bilion
|
Oleh itu, sudahkah anda ada WASI?
Nantikan entry seterusnya yang akan menerangkan tugas-tugas khas wasi dan bagaimana proses perlantikan wasi.
Ulasan
Catat Ulasan