SEMINAR FARAID DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM

SEMINAR FARAID DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM DI I-KPKT


Baru-baru ini, saya telah diundang untuk menyampaikan Seminar berkaitan harta pusaka Islam di Institut Latihan Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan.

Seminar selama 2 jam tersebut telah disertai oleh Pengarah I-KPKT, Tuan Ahmad Nizam bin Norali dan lebih 40 orang staff. Oleh kerana kesemua staff yang hadir adalah muslim, saya telah memilih tajuk FARAID DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM DI MALAYSIA: KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM.


Kenapa tajuk FARAID DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA ISLAM DI MALAYSIA: KEPENTINGAN PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM ini dipilih?


Faraid adalah tatacara pengagihan harta pusaka bagi kes kematian orang Islam yang telah digariskan di dalam al-Quran dan ianya berkait rapat dalam urusan pentadbiran harta pusaka di malaysia di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 dan Akta Probet dan Pentadbiran 1959. Ringkasnya, di Malaysia, kedua-dua akta yang menggariskan peruntukan dalam proses pentadbiran harta pusaka di Malaysia ini telah diharmonikan dengan sistem Faraid yang telah wujud berkurun lamanya bagi penyelesaian pengagihan harta pusaka orang Islam. Istimewanya, keharmonian ini adalah ekslusif di Malaysia yang mana bagi negara-negara lain mengamalkan konsep pengurusan pusaka yang berbeza dan tersendiri.

Namun pemahaman tentang 'keharmonian' ini nampak begitu asing pada orang Islam di Malaysia. Ekoran daripada itulah isu yang tidak berkesudahan dalam perebutan pusaka dan pembekuan harta melebihi RM60 bilion masih hangat di dada-dada akhbar, dicorong radio dan kaca televisyen malah juga di alam maya. Bilakan kedaifan ini akan berakhir?

oleh itu, inilah satu usaha kecil dari saya untuk menyebarluas pemahaman ini kepada umum agar keharmonian yang dimaksudkan ini dapat dicapai dan dinikmati oleh generasi-generasi seterusnya dan secara tidak langsung memperkasa ekonomi Islam melalui kelangsungan warisan dengan menyediakan perancangan harta pusaka yang tepat dan lengkap.


PERSPEKTIF UMUM DAN KHUSUS TENTANG HARTA PUSAKA ISLAM


Penjelasan tentang perspektif pelbagai oleh Masyarakat Islam di Malaysia terhadap harta pusaka diawal seminar telah berjaya menarik minat kesemua peserta untuk fokus sepanjang seminar. Antara perspektif yang dikongsikan adalah:

Perspektif UMUM: Waris bergaduh rebut harta pusaka serta isu-isu pengagihan.
Perspektif KHUSUS: Harta pusaka si mati terbeku dan perlukan tindakan waris bagi memindah milik harta.

Perspektif UMUM: Harta pusaka orang Islam secara langsung dikaitkan dengan FARAID
Perspektif KHUSUS: Harta Pusaka Islam bukan hanya berkisar tentang faraid semata-mata tetapi lebih utama menjurus kepada Pentadbiran dan ke-2 barulah pelaksanaan Faraid

Perspektif UMUM: Orang yang buat wasiat sudah rasa tanda-tanda kematian (buang tebiat/dah hendak mati)
Perspektif KHUSUS: Orang yang menyediakan perancangan Harta melalui penulisan wasiat adalah calon muslim yang berjaya mencapai wawasan dunia dan wawasan akhirat.

Perspektif UMUM: Hanya orang kaya menulis wasiat untuk mengagih harta kekayaannya kepada ahli keluarga yang disayangi.
Perspektif KHUSUS: Muslim Cemerlang menulis wasiat bagi memastikan hutang dunia dan akhiratnya dilunaskan dan hendak mendapat jaminan pahala di akhirat dari harta dunia yang diusahakan.

Lebih banyak lagi ilmu dan penjelasan tentang harta pusaka telah disampaikan dalam seminar ini termasuk kupasan berkaitan Wawasan dunia dan Wawasan Akhirat serta pemahaman tentang pengiraan Faraid bagi beberapa contoh kes kematian.

Inginkan seminar seperti ini di tempat anda? Email ke: norhanisah.assoc@gmail.com atau whatsapp ke 019-7228769.

http://www.facebook.com/norhanisah.assoc/

 

Ulasan