Samaada ramai yang perasan atau tidak, pergaduhan banyak berlaku dalam isu pengurusan harta pusaka. Kenapa gaduh?
Harta pusaka orang Islam tidak dibahagi mengikut Faraid
Jika YA harta pusaka akan dibahagi terus mengikut hukum faraid, kenapa masih lagi timbul isu pergaduhan ini. Lihat dibawah, keratan-keratan akhbar ini menunjukkan begitu banyak isu pergaduhan yang menjengkelkan timbul dek kerana rebutkan harta pusaka.
Semakin hari juga media massa semakin kerap melaporkan isu ini, ini yang dilaporkan...bagaimana pula yang tidak dilaporkan. tidak perlu melihat jauh, lihat sahaja disekeliling kita waima dalam ahli keluarga kita sendiri. Pernah tak isu ini timbul. mungkin tidak bergaduh tangan tapi pernah tak kedengaran bergaduh mulut atau saling ungkit-mengungkit?
Contohnya si abang menuntut harta peninggalan arwah ayahnya telah diwasiatkan secara lisan oleh ayahnya kepadanya. "Arwah ayah dulu ada cakap tanah sawit tu ayah nak beri pada along..." si adik pula menyangkal, "eh iya ke long, tapi kami pula macamana? kami juga berhak sebab kami anak ayah."
Dalam situasi ini secara tidak langsung boleh mencetuskan perbalahan yang boleh mengundang perpecahan dalam keluarga. jika perbalahan ini berterusan, harta pusaka tersebut sukar diuruskan dan mungkin proses pentadbirannya tidak dapat dijalankan. Selagi kerjasama tidak diperolehi dari kalangan semua waris si mati, harta pusaka tersebut tidak dapat dipindah milik.
Perhatikan di dalam isu sekecil ini, adakah faraid dijalankan secara terus selepas kematian si ayah? Tidak, ianya tidak berlaku.
Kesudahan dari kisah along dan adik-adiknya tadi mungkin mereka bersepakat untuk membahagikan harta tersebut secara samarata sedang mungkin dalam mereka adik-beradik tadi ada lelaki dan ada perempuan dan bagaimana pula dengan ibu mereka. Jadi faraid sekali lagi tidak dijalankan di sini.
Tiada Pengetahuan Faraid
Perebutan dan perbalahan dalam hal harta pusaka tidak sepatutnya timbul jika kita mempunyai pengetahuan dalam ilmu faraid dan faham akan tatacaranya. Namun apa yang menyedihkan dalam masyarakat kita sekarang, ilmu ini tidak difahami.
tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita tahu apa itu faraid? atau kita sekadar tahu menyebut faraid? Ramai di luar sana yang lantang mengatakan harta pusaka orang Islam perlu dibahagi mengikut faraid. Tetapi adakah dia benar-benar faham apa itu faraid.
Jika mereka memahami ilmu faraid, insyaAllah perkara ini dapat dibendung dan pergaduhan tidak berlaku.
Ada pula yang dengkel ilmunya menyalahkan faraid dengan menyatakan disebabkan faraidlah pergaduhan tercetus. Eh? faraid pula yang dipersalahkan. Kenapa? Ada yang berpendapat disebabkan hukum faraid, adik-beradik, bapa saudara semua berhak dan menuntut harta pusaka. Disebab itu lah harta pusaka tidak dapat diagihkan. Ini menunjukkan hukum ini menyusahkan.
Subhanallah. Pelajarilah dan fahamilah ilmu faraid nescaya tidak berlaku pergaduhan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
(Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah)
Harta pusaka orang Islam tidak dibahagi mengikut Faraid
Ramai antara kita menyangkakan bahawa apabila seseorang muslim itu meninggal dunia, semua harta pusakanya akan dibahagi terus kepada ahli warisnya mengikut hukum faraid. Malangnya sangkaan ini meleset sama sekali.
Jika YA harta pusaka akan dibahagi terus mengikut hukum faraid, kenapa masih lagi timbul isu pergaduhan ini. Lihat dibawah, keratan-keratan akhbar ini menunjukkan begitu banyak isu pergaduhan yang menjengkelkan timbul dek kerana rebutkan harta pusaka.
Semakin hari juga media massa semakin kerap melaporkan isu ini, ini yang dilaporkan...bagaimana pula yang tidak dilaporkan. tidak perlu melihat jauh, lihat sahaja disekeliling kita waima dalam ahli keluarga kita sendiri. Pernah tak isu ini timbul. mungkin tidak bergaduh tangan tapi pernah tak kedengaran bergaduh mulut atau saling ungkit-mengungkit?
Contohnya si abang menuntut harta peninggalan arwah ayahnya telah diwasiatkan secara lisan oleh ayahnya kepadanya. "Arwah ayah dulu ada cakap tanah sawit tu ayah nak beri pada along..." si adik pula menyangkal, "eh iya ke long, tapi kami pula macamana? kami juga berhak sebab kami anak ayah."
Dalam situasi ini secara tidak langsung boleh mencetuskan perbalahan yang boleh mengundang perpecahan dalam keluarga. jika perbalahan ini berterusan, harta pusaka tersebut sukar diuruskan dan mungkin proses pentadbirannya tidak dapat dijalankan. Selagi kerjasama tidak diperolehi dari kalangan semua waris si mati, harta pusaka tersebut tidak dapat dipindah milik.
Perhatikan di dalam isu sekecil ini, adakah faraid dijalankan secara terus selepas kematian si ayah? Tidak, ianya tidak berlaku.
Kesudahan dari kisah along dan adik-adiknya tadi mungkin mereka bersepakat untuk membahagikan harta tersebut secara samarata sedang mungkin dalam mereka adik-beradik tadi ada lelaki dan ada perempuan dan bagaimana pula dengan ibu mereka. Jadi faraid sekali lagi tidak dijalankan di sini.
Tiada Pengetahuan Faraid
Perebutan dan perbalahan dalam hal harta pusaka tidak sepatutnya timbul jika kita mempunyai pengetahuan dalam ilmu faraid dan faham akan tatacaranya. Namun apa yang menyedihkan dalam masyarakat kita sekarang, ilmu ini tidak difahami.
tanyalah pada diri kita sendiri adakah kita tahu apa itu faraid? atau kita sekadar tahu menyebut faraid? Ramai di luar sana yang lantang mengatakan harta pusaka orang Islam perlu dibahagi mengikut faraid. Tetapi adakah dia benar-benar faham apa itu faraid.
Jika mereka memahami ilmu faraid, insyaAllah perkara ini dapat dibendung dan pergaduhan tidak berlaku.
Ada pula yang dengkel ilmunya menyalahkan faraid dengan menyatakan disebabkan faraidlah pergaduhan tercetus. Eh? faraid pula yang dipersalahkan. Kenapa? Ada yang berpendapat disebabkan hukum faraid, adik-beradik, bapa saudara semua berhak dan menuntut harta pusaka. Disebab itu lah harta pusaka tidak dapat diagihkan. Ini menunjukkan hukum ini menyusahkan.
Subhanallah. Pelajarilah dan fahamilah ilmu faraid nescaya tidak berlaku pergaduhan.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku."
Ulasan
Catat Ulasan