PERKHIDMATAN

Senarai Perkhidmatan


Kami terdiri daripada perunding-perunding harta pusaka yang berkelayakan dan bertauliah di Malaysia dalam menjalankan perkhidmatan rundingan perancangan harta pusaka berlandaskan syarak dan diperakui oleh sistem pentadbiran harta pusaka di Malaysia. 

Perunding bertauliah seluruh Malaysia

Perunding-perunding kami terdiri daripada mereka yang telah menghadiri kursus dan lulus peperiksaan sebagai perancangan harta pusaka Islam di bawah seliaan syarikat amanah Islam terkemuka dan terulung di Malaysia iaitu as-Salihin Trustee Berhad.

Kami mempunyai seramai lebih 50 perunding di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 17 perunding kanan yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam industri.

KHIDMAT NASIHAT PERUNDANGAN dalam penulisan dokumen-dokumen PERANCANGAN HARTA PUSAKA ISLAM merangkumi:

     i. Pri- TI (Amanah Takaful)
     ii. Pri-Emas (Amanah Usia Emas)
     iii. Pri-Niaga (Perwarisan perniagaan)

Selain perancangan harta pusaka Islam, perunding-perunding kami juga berkemahiran dalam memberi khidmat nasihat dalam kes-kes pentadbiran harta pusaka:


1. Permohonan Probet di Mahkamah Tinggi bagi kematian berwasiat .

2. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Mahkamah Tinggi bagi kes kematian tanpa wasiat.

3. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Unit Pusaka Kecil, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian bagi kes kematian tanpa wasiat melibatkan nilaian harta alih dan tidak alih kurang dari RM2 juta.

4. Permohonan Surat Kuasa Mentadbir di Amanah Raya Berhad bagi bagi kes kematian tanpa wasiat melibatkan nilaian harta alih sahaja kurang dari RM600,000.


Khidmat nasihat berdasarkan perundangan Malaysia dan Syariah


Setiap perunding kami telah dilatih untuk memberikan khidmat nasihat perancangan dan pentadbiran harta pusaka berdasarkan perundangan Malaysia dan Syariah. Khidmat nasihat akan tertakluk kepada:
1. Al-Quran dan As-Sunnah
2. Akta Probet dan Pentadbiran 1959
3. Akta Syarikat Amanah 1949
4. Akat Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
5. Enakmen Undag-undang keluarga Islam 2003
6. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013
7. Fatwa kebangsaan

dan mana-mana perundangan yang relevan dalam pengurusan harta pusaka bagi orang Islam di Malaysia.

Perkhidmatan Terus kepada Pelanggan/Waris


Keunikan perkhidmatan yang ditawarka adalah Perkhidmatan Terus kepada Pelanggan/Waris. 


Oleh itu, pelanggan boleh mendapat rundingan secara peribadi (personal) dan penuh privasi. Oleh itu pelanggan boleh memilih tempat dan masa temujanji yang ekslusif dengan terus menghubungi Perunding-perunding bertauliah kami.


Perkhidmatan Sistem Simpanan Selamat yang diperakui

Setiap pelanggan akan menikmati perkhidmatan simpanan selamat iaitu simpanan semua dokumen perancangan harta pusaka di dalam bilik kebal yang diperakui dan mengikut standard yang telah diluluskan oleh Bank Negara Malaysia. Sistem simpanan selamat iniadalah untuk melindungi dokumen perancangan daripada risiko:
- Kecurian
- Kebakaran
- Sabotaj
- Bencana alam

Tujuan utama simpanan selamat ini adalah memastikan wasi dan waris pewasiat menemui wasiat dan dokumen perancangan harta pusaka lain yang telah dibuat semasa hayat pewasiat untuk tujuan pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat.

Kursus, Penceramah dan tenaga pengajar

Kami mempunyai tenaga pengajar dan peceramah yang mahir dalam menyampaikan ceramah berkaitan harta pusaka. Penceramah berpengalaman secara langsung bidang guaman syarie dan dalam mengurus tadbir harta pusaka orang Islam selama lebih 7 tahun. Penceramah juga mempunyai kemahiran dalam mengajar dan membimbing peserta dalam bengkel dan kursus.

Klik di sini untuk lihat profile penceramah dan tenaga pengajar

Untuk mendapatkan khidmat penceramah dan tenaga pengajar, sila hubungi:

Tel: 019-7228769 / 013-2486216
Email: norhanisah.assoc@gmail.com
Alamat: No. 26, Tingkat 1, Jalan Satu, Taman Bersatu, 86000 Kluang, Johor
No. Tel pej: 07-7717779


Hubungi 
untuk mendapatkan penerangan dan khidmat nasihat.

Ulasan

  1. Assalamualaikum. Boleh saya bagaimana kadar caj yg akan dikenakan jika saya memerlukan khidmat pihak tuan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumussalam. Caj adalah berbeza mengikut perkhidmatan dan kes.

      Tuan boleh hubungi perunding-perunding di dalam blog ini untuk mendapatkan berunding dan mendapatkan sebut harga.

      Terim kasih

      Padam

Catat Ulasan