CIRI ISTIMEWA GERAN TANAH FELDA

Ada keistimewaan dalam geran tanah FELDA yang mana tidak ada di geran tanah pertanian biasa.

Ciri-ciri biasa:
- merupakan hakmilik mutlak pemilik
- boleh dipindahmilik
Ciri-ciri istimewa:
- pindahmilik dengan kebenaran FELDA kerana peneroka mempunyai hubungan kontrak dengan FELDA
- berantai dengan geran rumah. Apa sahaja yang diendorsekan atas geran tanah, juga akan diendorse atas geran rumah
- maksimum 2 nama bagi kedua-dua geran berkeluasan lebih 10 ekar
- 2 nama itu mestilah suami isteri
- tidak boleh diracik-racik demi kelansungan ekonomi FELDA

Gambar hiasan

Bagaimana dengan pewarisan?

Asasnya pewarisan masih tertakluk dengan undang-undang yang sama. Disebabkan tidak boleh menamakan lebih dari 1 @ 2 nama, pewarisan akan diletakkan atas nama pentadbir.
PENTADBIR - adalah orang yang yang akan didaftarkan namanya di dalam geran dan bertanggungjawab untuk menguruskan sebarang urusan di atas geran tersebut termasuklah mengambil hasil pertanian untuk diagih-agihkan kepada waris-waris faraid peneroka.

PENEROKA merupakan pemilik mutlak tanah, berkuasa atas segala transaksi atas geran tanah yang dimilikinya semasa hayat.

Oleh itu amat digalakkan peneroka untuk menentukan siapa yang akan menjadi Pentadbir setelah kematiannya nanti. Sementara masih hidup, peneroka boleh menentukan siapa Pentadbir yang diyakini AMANAH dan BERTANGGUNGJAWAB.

Ulasan