Kursus Faraid Mudah Faham bertujuan untuk memberi pemahaman kepada para peserta tentang undang-undang pembahagian harta pusaka Islam (Faraid) dan aplikasinya di dalam sistem pentadbiran harta pusaka orang Islam di Malaysia.
Peserta kursus akan dilatih memahami 3 komponen teras ilmu faraid iaitu:
ü Kaedah penentuan ahli waris faraid yang berhak terhadap harta pusaka bagi sesuatu kes kematian;
ü Kadar pembahagian faraid bagi setiap ahli waris; dan
ü Teknik pengiraan faraid
Kursus ini akan disampaikan oleh Puan Norhanisah Johar, Peguam Syarie dan Penulis buku Faraid Mudah Faham yang berpengalaman dalam pengurusan harta pusaka orang Islam lebih 10 tahun.
Peserta yang berjaya menghabiskan kursus selama 4 jam akan menerima sijil penyertaan.
Kursus ini terhad kepada 30 peserta sahaja. Daftar segera selagi kekosongan masih ada.
Pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian 013-2486216.
Ulasan
Catat Ulasan