NOTIS PINDAAN TARIKH KURSUS PENTADBIRAN PUSAKA KECIL KE 26 - 27 JULAI 2017

NOTIS PINDAAN TARIKH KURSUS

Untuk makluman semua yang telah mendaftar kursus PRAKTIKAL PENTADBIBAN PUSAKA KECIL, tarikh kursus dipinda kepada:

Tarikh: 26 -27 Julai 2017
Hari: Rabu - Khamis

sekian untuk makluman


Kepada yang masih belum mendaftar, anda masih berpeluang untuk mendapatkan promosi EARLY BIRD yang dilanjutkan sehingga 15 Julai 2017.


Pendaftaran masih terbuka!

Tempat adalah terhad!

>>>KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR KURSUS INI SEKARANG<<<



TAHUKAH ANDA?


95% rakyat Malaysia meninggal dunia tiada wasiat. Ini bermakna waris-waris faraid si mati hendaklah mendapatkan SURAT KUASA MENTADBIR bagi membolehkan harta-harta pusaka si mati ditukarmilik daripada nama si mati kepada nama waris-waris. Kegagalan mendapatkan surat kuasa mentadbir ini akan menyebabkan HARTA PUSAKA DIBEKUKAN!

Adakah HARTA TERBEKU hanya melibatkan hartanah seperti tanah, rumah dan pangsapuri?

TIDAK!

Kesemua harta yang didaftaran atas nama si mati akan terbeku termasuklah

HARTANAH – tanah, rumah dan pangsapuri

WANG SIMPANAN – semua jenis akaun simpanan, semasa dan tetap di semua bank-bank termasuk Tabung Haji yang tiada penamaan

WANG PELABURAN – saham-saham seperti Amanah Saham Bumiputera, Sijil Simpanan Premium, Saham-saham Koperasi dan Unit Amanah

CARUMAN KWSP – termasuk juga skim persaraan swasta yang tiada penamaan

INSURANS DAN TAKAFUL – semua jenis insurans dan takaful yang tiada penamaan

KENDERAAN – semua jenis kenderaan yang berdaftar dengan JPJ

CAGARAN – Contoh Barang kemas yang dicagarkan di al-Rahnu


Apakah yang akan berlaku terhadap harta-harta tersebut apabila terbeku?


GERAN HARTANAH akan terus kekal atas nama si mati sehingga disita oleh kerajaan kerana tidak membayar cukai tanah.

Semua wang di institusi kewangan termasuk bank-bank, syarikat takaful, insurans dan pelaburan akan dipindahkan ke JABATAN WANG TIDAK DITUNTUT selepas 7 tahun kematian dan kekal di situ sehingga ada tuntutan.

CUKAI JALAN KENDERAAN tidak boleh diperbaharui selepas 2 tahun kematian.





Apa yang perlu dilakukan?


SEMUA WARIS FARAID perlu bertindak mendapatkan SURAT KUASA MENTADBIR (LETTER OF ADMINISTRATION)

DI MANAKAH waris perlu mendapatkan surat kuasa mentadbir?

Waris-waris si mati perlu terlebih dahulu menentukan JENIS DAN NILAIAN SEMASA harta pusaka.

Bagi harta pusaka melebihi RM2 juta yang merangkumi harta alih dan tidak alih, permohonan surat kuasa dibuat di MAHKAMAH TINGGI

Sekiranya harta pusaka tidak melibatkan hartanah tetapi memiliki aset alih bernilai lebih RM600,000, permohonan juga dibuat di MAHKAMAH TINGGI

Bagi harta pusaka yang kurang dari RM2 juta yang merangkumi harta alih dan tidak alih, permohonan surat kuasa dibuat di PEJABAT PUSAKA KECIL, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan.

Bagi harta pusaka yang hanyak melibatkan harta alih sahaja, permohonan surat kuasa dibuat di AMANAH RAYA BERHAD.



SIAPA PERLU MEMOHON?


WARIS si mati dengan PERSETUJUAN SEMUA WARIS! Jika ada salah seorang atau beberapa orang waris tidak mempersetujui atau tidak memberikan kerjasama sekurang-kurangnya memberi SALINAN KAD PENGENALAN, permohonan pusaka TIDAK AKAN BERJALAN!

Maka tertangguhlah proses pentadbiran pusaka sehingga berkurun lamanya. Contohnya Mahkamah TInggi Temerloh pernah melaporkan bahawa Berjaya menyelesaikan satu kes tuntutan Harta Pusaka selepas 50 TAHUN. Kes tuntutan bermula dari tahun 1955 dan Berjaya diselesaikan pada tahun 2005.





Namun apa yang lebih merisaukan adalah laporan dari Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan pada tahun 2016 iaitu kira-kira RM60 BILION HARTA PUSAKA TELAH TERBEKU!



Apakah MASA DEPAN Negara kita dan umat Islam khususnya sekiranya masalah harta pusaka ini tidak dibendung dan diselesaikan?

WARIS HANYA MELIHAT KEKAYAAN NENEK MOYANG DI ATAS GERAN TANAH NAMUN TIDAK DAPAT MEWARISINYA.

Tahan-tanah milikan orang mati terbiar menjadi semak dan hutan belantara kerana TIDAK BOLEH DIMAJUKAN


PERPECAHAN WARIS kerana perebutan harta pusaka yang tiada penghujungnya.




Waris menyewa, menumpang dan mengemis di Negara Sendiri.

MASALAH UTAMA yang menyebabkan kes pusaka terbeku adalah waris tidak membuat permohonan surat kuasa mentadbir kerana TIDAK TAHU PROSES PENTADBIRAN!

SETIAP WARIS PERLU TAHU PROSES PENTADBIRAN PUSAKA.

MARI PELAJARI BAGAIMANA PROSES PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR DI PEJABAT PUSAKA KECIL




Kenapa waris perlu mempelajari proses pentadbiran pusaka kecil?


RM60 BILION harta pusaka yang terbeku adalah harta pusaka yang dilaporkan oleh JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN PERSEKUTUAN iaitu Jabatan yang menguruskan pengeluaran Surat Kuasa Mentadbir bagi kes-kes pusaka kecil yang bernilai bawah RM2 juta.





RUMITKAH PROSEDUR PERMOHONAN SURAT KUASA MENTADBIR?

YA permohonan surat kuasa mentadbir adalah sangat rumit jika waris TIDAK MEMPUNYAI ILMU. PUNCANYANYA adalah waris TIDAK TAHU PROSES bagaimana dan di mana permohonan perlu dibuat.


DI MANA permohonan dibuat?

Permohonan di buat PEJABAT PUSAKA KECIL yang terdapat di setiap daerah di seluruh negeri di seluruh Negara.

Waris perlu meneliti terlebih dahulu di mana lokasi hartanah/harta pusaka si mati. Ini kerana pejabat pusaka kecil yang mempunyai bidangkuasa untuk membicarakan harta pusaka hanyalah terhad ke atas harta pusaka yang terletak dikawasan bidangkuasanya sahaja.

Contohnya hartanah di Seksyen 16, Shah Alam, Unit Pembahagian Pusaka yang berbidangkuasa adalah Unit Pembahagian Pusaka Selangor Tengah yang terletak di Bandar Baru Klang. Segala urusan pendafaran dan pembayaran di buat di situ. Walaubagaimanapun perbicaraan dijalankan di Unit Pusaka yang terletak di Pejabat Tanah dan Galian Daerah Petalin, Seksyen U5, Shah Alam.

Waris sering menuju ke tempat yang salah dan terpaksa berulang-alik ke beberapa jabatan sebelum proses permohonan berjaya dibuat. Selain itu, waris juga terpaksa berhadapan dengan kekangan masa, jarak dan kos.

Masalah yang menyukarkan permohonon Surat Kuasa Mentadbir:

1>>> Waris tidak tahu DI MANA permohonan dibuat

2>>> Waris tidak tahu PROSES permohonan dibuat

3>>> Waris TIADA MASA. Terpaksa mengambil cuti berkali-kali kerana urusan hanya boleh dibuat pada hari bekerja.

4>>> Waris TINGGAL JAUH. Terbaksa pulang ke kampung di mana lokasi harta pusaka.

5>>> Melibatkan KOS YANG MAHAL. Sukar mendapat kerjasama waris untuk berkongsi menampung kos pentadbiran pusaka.

6>>> Melibatkan waris yang RAMAI dimana sukar mendapat kerjasama dari semua waris.

AKIBATNYA…waris putus asa menguruskan permohonan Surat Kuasa Mentadbir ini.

MUDAHKAN URUSAN PERMOHONAN PUSAKA dengan mempelajari LANGKAH-LANGKAH yang BETUL untuk permohonan.





Dalam kursus ini anda akan mempelajari:

<1> TEKNIK mengenal pasti LOKASI UNIT PUSAKA yang mempunyai BIDANGKUASA

<2> TEKNIK membuat CARIAN HARTANAH di PEJABAT TANAH yang BETUL

<3> TEKNIK mengisi BORANG PERMOHONAN dengan mudah

<4> TEKNIK mengumpul DATA WARIS dan menyusun DOKUMEN SOKONGAN kepada permohonan

<5> TEKNIK menyediakan BORANG PERSETUJUAN antara semua waris

Dan yang lebih penting adalah...

<6> TEKNIK BERUNDING BERDASARKAN HUKUM SYARAK dengan waris-waris dalam menentukan pembahagian harta pusaka

<7> TEKNIK berhadapan dengan ISU SEMASA dan KONFLIK PENTADBIRAN




Pelajari ILMU FARAID DAN PRINSIP-PRINSIPNYA sebagai asas pentadbiran harta pusaka orang Islam

<8> TEKNIK menentukan WARIS YANG BERHAK terhadap pusaka.

Kemahiran ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses pengumpulan data waris dan dokumen sokongan untuk difailkan di unit pusaka kecil.

Salah faham akan struktur waris menyebabkan anda BUANG MASA! bertemu dan berunding dengan waris yang tidak berhak. 

Kenapa perlu buang masa berjumpa untuk mendapatkan dokumen dan persetujuan dari waris yang tidak berhak terhadap pusaka. Anda hanya MERUMITKAN! keadaan.

JIMATKAN MASA DAN SENANGKAN KERJA ANDA! dengan mempelajari TEKNIK yang betul menentukan WARIS YANG BERHAK ke atas harta pusaka si mati yang sedang anda uruskan.

<9> TEKNIK menentukan HAD PEMBAHAGIAN FARAID bagi setiap waris yang berhak.

Kemahiran ini akan memudahkan dan mempercepatkan proses membuat keputusan tentang pembahagian harta pusaka yang memuaskan hati semua pihak. 

Anda akan mempelajari teknik menentukan asal masalah dan tas-hih masalah sehingga boleh membuat pengiraan pantas dalam bentuk pecahan dan terjemahan dalam bentuk nilaian Ringgit Malaysia.

Dengan kemahiran ini anda mudah membimbing waris membuat keputusan dan memujuk waris memberi kerjasama yang baik. 

<10> TEKNIK mengadaptasi DOKTRIN AL-TAKHARRUJ untuk mencapai perdamaian.

Kemahiran ini akan memudahkan anda membuat rundingan dengan waris yang tidak sefahaman dan tidak mempunyai hubungan baik antara mereka.

Kemahiran ini akan melatih kecekapan anda membuat pengasingan pengagihan harta dan menyusun tukaran harta antara waris.

Anda tidak lagi membuang masa menunggu kata putus waris yang boleh menyebabkan proses persetujuan tertangguh dan menangguhkan perbicaraan pusaka.





Bolehkah permohonan dibuat oleh pihak ketiga?

Anda berminat untuk membantu menyelesaikan masalah permohonan Pusaka Kecil yang kian meruncing?

Mari bertindak sebagai PEMUDAH CARA bagi waris-waris yang menghadapi kekangan dalam menguruskan harta pusaka.

Tiada peraturan yang menetapkan waris-waris hendaklah diwakili oleh seorang peguam ketika membuat permohonan di peringkat Unit Pusaka Kecil. Unit Pusaka menerima terus permohonan yang di buat oleh waris-waris bagi harta pusaka di bawah bidangkuasanya.

Disebabkan waris-waris tiada panduan dari golongan yang arif dalam pengurusan pusaka kecil ini telah menyebabkan waris tidak bertindak mentadbir harta pusaka. Yang lebih menyedihkan adalah waris TIDAK TAHU bahawa harta pusaka perlu ditadbir. Waris sekadar menganggap harta-harta pusaka telah secara automatik menjadi milik mereka berdasarkan hukum faraid. Namun sebenarnya mereka SILAP!

Inging membantu waris-waris ini menyelesaikan masalah pusaka ahli keluarganya yang telah meninggal dunia?

Terdapat lebih 95% kematian tidak berwasiat dan terdapat lebih RM60 Billion Harta Pusaka telah terbeku berdasarkan statistik Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian.

Mari pelajari Ilmu PENTADBIRAN HARTA PUSAKA KECIL dan FARAID!

Anda boleh menjadi PEMUDAH CARA bagi waris-waris ini.

Anda juga boleh menjadi PEMUDAH KERJA bagi pegawai-pegawai di Unit Pusaka Kecil dengan membantu waris menyediakan dan memfailkan dokumen-dokumen yang betul dan lengkap.

Seterusnya Unit Pusaka Kecil dapat menjalankan Proses Pentadbiran yang OPTIMUM dengan tempoh masa yang CEPAT dan TENANG fikiran dengan adanya bantuan dari anda!



PENCARIAN PROTEGE


Kami mencari PROTEGE untuk bersama-sama kami membantu masyarakat Islam di luar sana mengurus tadbir harta pusaka kecil bagi ahli keluarga mereka yang telah meninggal dunia.

Kami akan:

>>> Tunjuk ajar anda langkah demi langkah secara teori

>>> Bimbing anda dalam praktikal dari awal berjumpa waris sehingga mendapatkan surat kuasa mentadbir.

>>> Semak setiap hasil kerja anda sebelum difailkan di Unit Pusaka Kecil.

>>> Menjadi MENTOR untuk 3 kes pusaka kecil.

>>> Yuran dan pendapatan dari kes anda adalah hak milik anda.






Jadilah orang terawal mempelajari kemahiran ini kerana belum pernah ada kursus seperti ini di Malaysia

INILAH YANG PERTAMA!

DAN MUNGKIN IA HANYA SEKALI INI SAHAJA

Kursus ini diadakan pada:
19 - 20 JULAI 2017
(RABU - KHAMIS)

Tempat:
BILIK SEMINAR PAKAR PUSAKA ISLAM
NO. 70-1, JALAN TIGA, BATU CAVESCENTERPOINT,
68100 BATU CAVES, SELANGOR



>>>KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR KURSUS INI SEKARANG<<<




Pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia seperti berikut:

Pn. Nisa: 019-7228769
En.Pidaus: 013-2486216
email: norhanisah.assoc@gmail.com

Ulasan