PERANCANGAN HARTA PUSAKA DAN ADIK-BERADIK

SAMPAI BILA BARU KITA NAK TOLONG ADIK-BERADIK SENDIRI?


1. Dalam 7 tahun berada dalam industri perancangan harta pusaka ni rasanya beratus juga client muslim saya dah bantu dalam penyediaan #wasiat mahupun #hibah.

2. Rata-rata pewasiat mencari jalan atau kaedah supaya pusakanya tidak sampai kepada adik-beradiknya.

3. Majoritinya pewasiat mahu #hartapusaka mereka nanti hanya diwarisi oleh pasangan dan anak-anak sahaja.

4. Kerisauan ini sering terjadi bagi pewasiat yang hanya ada anak perempuan sahaja. tiada anak lelaki.


5. Dalam #faraid, anak lelaki dan bapa merupakan pendinding yang menghalang harta pusaka jatuh kepada adik-beradik.

6. Bila tiada anak lelaki, client akan mula risau akan nasib anak atau anak-anak perempuannya setelah dia meninggal kelak. Dimana sangkaannya adik-beradik akan membolot segala harta pusakanya nanti dan tinggallah anak ini dalam keadaan miskin dan susah.

7. Jadi client selalu akan request sy utk buatkan mereka dokumen hibah, menghibahkan semua harta kpd anak-anak.

8. Ianya boleh dilaksanakan dengan syarat beliau mampu dan aset-aset utk dihibahkan memenuhi syarat-syaratnya.

9. Terlaksananya sahaja hibah ini, harta tetsebut bukan lagi pusaka tetapi sudah terjamin menjadi hak milik anak-anak tadi.

10. dengan kaedah ini, ternafilah hak pusaka/faraid adik-beradiknya.

TOLONG ADIK-BERADIK DULU BARU ORANG LUAR


11. saya dipanggil oleh seorang CEO sebuah syarikat besar dan terkenal di Malaysia. Projeknya bersepah-sepah diserata Malaysia. 1% sahamnya boleh dikatakan bersamaan RM350,000 dan client ini memegang 90% saham tersebut. Itu baru satu syarikat dan dia mempunyai 7 syarikat yang lain lagi. Rumah kediaman sahaja dinilaikan lebih RM7 juta.

12. Seperti selalunya sy akan bertanya kepada client, mahu tak menyedekahkan atau mewakafkan 1/3 harta kpd kebajikan untuk mendapat pahala yang berpanjangan diakhirat nanti?

13. Sebab inilah peluang kita utk mendapat pahala dari harta yang telah kita usahakan selama ini.

14. Terkesima saya dengan jawapan client ini. "Tolong adik-beradik dulu baru tolong orang lain." lalu disenaraikan semua 11 adik beradiknya dengan pemberian saham syarikat sehingga 35% buat mereka secara samarata.

15. Bercanggah dengan tindakan majoriti orang kita yang selalunya melihat #sedekah dan #wakaf itu pada fakir miskin, pelajar tahfiz, anak yatim, masjid dan pusat-pusat kebajikan yang lain.


PEDOMAN


16. Membantu adik-beradik juga terutama yang susah dikira sedekah. Pahala kebajikan berpanjangan.

17. Sebelum menafikan hak atau membelakangkan saudara sendiri lihatlah dahulu ke dalam keluarga, masih adakah saudaraku yang miskin dan memerlukan?

18. Sentiasa bersangka baik dan membuat kebajikan kepada adik-beradik sendiri dahulu kerana selepas kita tiada nanti merekalah yang diharapkan untuk menjaga dan memelihara kebajikan dan keselamatan anak-anak kita pula.

-Pakar Pusaka Islam-

sila layarai http://pakarpusakaislam.blogspot.com untuk lebih banyak lagi artikel

Ulasan