Perebutan Harta Pusaka - Isteri Terpaksa Keluar Rumah Pusaka Suami
Pakar Pusaka Islam mempersembahkan kisah sedih seorang isteri yang terpaksa meninggalkan rumah pusaka suaminya sendiri apabila rumah tersebut menjadi rebutan adik-beradik arwah suaminya.
Kemanakah isterinya akan tinggal selepas ini?
dan bagaimana pula dengan masa depan anak yang bakal lahir itu.
Bahagian isteri di dalam harta pusaka suaminya adalah 1/8 manakala selebihya hak waris suami yang lain.
Jika suami meninggal dunia hanya meninggalkan sebuah rumah kediaman, rumah tersebut akan dibahagikan kepada semua waris suami mengikut bahagian faraid.
Isteri yang menerima bahagian terkecil seringkali ditindas dan terpaksa keluar mencari tempat lain untuk berteduh...
Apakah adik-beradik suami mahu berunding?
Adakah mereka akan melepaskan hak mereka?
Adakah isteri dan anak-anak si mati dapat kembali tinggal di rumah pusaka?
"Setiap jiwa pasti akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari Kiamat sahajalah disempurnakan pahalamu..." Surah Al-Imran: 185
Bilakah kematian?
Di manakah kematian berlaku?
Bagaimana kematian terjadi?
itu rahsia ALLAH...
kita hanya merancang... Allah jua yang menentukannya
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang mati meninggalkan wasiat, maka dia mati di atas jalan yang lurus dan sunnah, mati di atas ketaqwaan dan keimanan, serta mati dalam keadaan memperoleh keampunan (daripada Allah s.w.t)." Diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah daripada Jabir r.a.
Oleh itu, apakah kita yang telah diberi peringatan dan diberi pengajaran masih lagi leka dan alpa dengan tipu daya dunia tanpa memikirkan tentang azab siksaan kubur dan neraka akibat harta dunia yang ditinggalkan menjadi malapetaka yang tidak berkesudahan. Nauzubillah
Layari http://pakarpusakaislam.blogspot.my/p/perancangan-harta-islam.html untuk mengetahui perkhidmatan perancangan harta pusaka Islam yang sesuai untuk anda
atau hubungi perunding harta pusaka Islam dari kumpulan PAKAR PUSAKA ISLAM untuk khidmat nasihat lanjut secara peribadi berkaitan perancangan harta pusaka anda.
Ulasan
Catat Ulasan