”Di antara tanda-tanda
kekuasaan-Nya ialah diciptakan-Nya untuk kalian isteri-isteri dari diri kalian
sendiri—supaya kalian cenderung dan merasa tenteram kepadanya dan dijadikan-Nya
di antara kalian rasa kasih sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu
benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir.” [Surah ar-Rum [30]: 21].
Benarlah firman Allah Subhanahuwa
Taala bahawa pernikahan memberikan ketenangan kepada pasangan suami dan
isteri. Pada hakikatnya telah dibentukkan di dalam hati laki-laki kecenderungan
terhadap perempuan-perempuan di mana kecenderungan itu bertujuan untuk mencari
keredhaan Allah Subhanahuwa Taala.Allah
Subhanahuwa Taala dgn sifatnya Al-Qahhar (maha menentukan) telah mengatur
indah peraturannya yang disulami dengan hak dan dihiasi dengan tanggungjawab.
Asas kekeluargaan berpunca
dari perkahwinan. Kamus Dewan mendefinisikan kekeluargaan sebagai keluarga atau
hubungan sebagai anggota di dalam sesuatu keluarga yang berasaskan perhubungan
keturunan atau disebabkan oleh perkahwinan. Kesimpulan dari definisi ini boleh
disimpulkan bahawa perkahwinan merupakan detik permulaan sesebuah institusi
kekeluargaan.
Proses pembinaan keluarga
Islam bermula ketika proses pemilihan dalam mencari pasangan hidup, meminang
dan pernikahan. Proses ini hendaklah sentiasa berapa pada jalan Allah Subhanahuwa Taala supaya rumahtangga
diberkati, dilindungi dan dilimphi mawaddah
warahmah.
Ulasan
Catat Ulasan